Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera,
Hari ini merupakan hari terakhir mengikut kalendar Islam. 29 Zulhijjah 1433H. Dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun ini dan akan berdepan dengan segala macam agenda dan cabaran tahun 1434H.
Nampak sahaja logo ini, teringat sambutan Maal Hijrah, dan teringat juga pada lagu tema Maal Hijrah. Lirik lagu tema ada disertakan di bahagian bawah |
Justeru itu, dalam kita menghitung detik itu, marilah kita hitungkan juga segala amal kebajikan yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Di samping itu hitungkan juga segala keburukan dan kekurangan dalam perbuatan, perkataan dan amalan yang telah kita buat.
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Begitulah bunyi tema sambutan Maal Hijrah tahun ini.
Bagaimanakah kalian menyambut tahun baru hijrah ini?
Marilah kita hayati lirik lagu ini untuk kita memahami dan menjiwai erti penghijrahan itu.
Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman
Semoga segala usaha perjuangan kita diberkati
Allah.
2 comments:
Teringin nak dengar akak nyanyi lagu ini?
Hahaha... akak boleh nyanyi kat dalam hati jer Ustaz ..
Post a Comment