Tuesday, October 9, 2012

Tenung-renung #3


Untuk persediaan Peperiksaan AkhirTahun tingkatan 4 &
SPM 2012

Jom kita buat ulangkaji.



Tema 8: Bab 6: Tingkatan 4

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 143)

F1    Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w dalam pemerintahan
F2    Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Nabi Muhammad s.a.w
F3    Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian
        agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.

(b) Senaraikan syarat yang perlukan untuk dicalonkan sebagai Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 143)

F1   Lelaki yang merdeka / - Beragama Islam
F2   Memilki pengetahuan tentang Islam
F3   Mematuhi perintah Allah
F4   Sanggup melaksanakan hukum Allah / - Bersifat adil
F5   Mempunyai akhlak yang baik
F6   Tubuh yang sihat dan sempurna
F7   Berfikiran cerdas / - Warak / - Pandai mentadbir kerajaan

(c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah dalam Islam. (Ruj : 
      Buku Teks ms. 143)

F1   Melalui musyawarah / syura
F2   Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
F3   Pemilihan daripada beberapa orang calon
F4   Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 144)
F1   Memelihara kedudukan agama Islam
F2   Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
F3   Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
F4   Memastikan kelicinan pentadbiran negara
F5   Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
F6   Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
F7   Menjaga kebajikan rakyat
F8   Menjaga dan meneruskan najaran Allah
F9   Mengekalkan perpaduan ummah
F10 Memantapkan sistem perundangan Islam
F11 Menguruskan kewangan negara
F12 Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

Selamat membuat ulangkaji...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah