Sunday, May 13, 2012

Badan Pengawas SMK Pantai

Pada 7 Mei 2012, jam 2.30 petang, bertempat di bilik mesyuarat SMKP, badan pengawas SMKP telah mengadakan satu aktiviti kepimpinan dan penghargaan kepada para pengawas sekolah yang telah banyak membantu dalam mengawal disiplin murid sekolah.

Program selama 1 jam 30 minit tersebut telah diisi dengan:

i)  Amanat pentadbir yang telah disampaikan oleh Pn. Jijah bt Mohamad Suhai, Penolong Kanan 1

ii) Peranan Pengawas sebagai Pemimpin disampaikan oleh PK HEM

Majlis yang dianjurkan badan pengawas ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zulhilmi bersama Pn. Azniah Jali

Selain daripada ucapan dan ceramah, majlis ini turut memberi penghargaan kepada para pengawas yang lahir pada bulan Januari hingga Mei... siap potong kek hari jadi lagi..

Majlis ini diakhiri dengan sembahyang asar berjemaah yang diimamkan ustaz Mohd Zulhilmi.

Semoga semua pengawas yang hadir dapat mengaplikasikan hasil ceramah yang telah diberikan dan dapat  bertugas dengan penuh dedikasi selepas ini.

Sedang mendengar ucapan daripada PK 1

apa yang dimenungkan tu?

Buat catatan

PK 1 dan Ustaz Mohd Zulhimi 

Serius nampak!

Semoga apa yang disampaikan akan dipraktikkan

nampak biru...

dengar dan fikir

serius PK 1 menyampaikan amanat

Tajaan Badan Pengawas


yang diraikan

yang diraikan

Jumpa lagi..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah