Hari ni, Selasa 11 Ogos 2009... seperti biasa induk bicara masih berlegar pada topik cuaca panas, udara berdebu @ berjerebu, H1N1, catuan air...
Rutin hidup berputar sekali lagi...
Hari ini merupakan hari terakhir 3 buah sekolah di wilayah ini dikenakan tindakan kuarantin di rumah akibat positif H1N1... Masih menjadi bualan di kalangan pelajar tentang persoalan mengapa sekolah ku tidak ditutup sedangkan ia sekolah yang paling awal dikesan mempunyai pelajar positif H1N1...walaupun telah diterangkan oleh pengetua semasa dalam perhimpunan, nampaknya ada di kalangan pelajar ini yang tidak boleh menyampaikan semua mesej yang diberi kepada masyarakat sekeliling...
Sebetulnya, sekolah ku tidak diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan kerana pelajar yang positif itu tidak datang ke sekolah setelah dia pulang dari menghadiri satu perkhemahan unit beruniform di salah sebuah negeri di Semenanjung...jadi dia tidak ada konteks dengan rakan pelajar yang lain sebelum dia disahkan positif...
Adalah diharapkan pelajar boleh faham situasi yang berlaku...dan tidak bersikap sinis terhadap sekolah dan pihak yang berkenaan...
0 comments:
Post a Comment