Wednesday, July 29, 2009

Penangan Khabar Angin... Minggu terakhir Julai... bulan ni bulan penuh cabaran khususnya yang berkaitan dengan kerjayaku... Tak terasa masa berlalu begitu pantas... Minggu ni di sekolah agak 'hot' /panas (bukan berkaitan dengan cuaca)... khabar angin bertuip dengan begitu deras mengatakan di sekolahku sudah ada pelajar yang dijangkiti pendemik H1N1... ada parents yang mengambil keputusan untuk tidak membenarkan anak mereka hadir ke sekolah... Hakikatnya, pada minggu lepas, beberapa orang muridku telah mengikuti perkhemahan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO di Melaka.. di sana, dua orang murid kami telah menghidapi demam panas sehingga ditahan di hospital..Sekembalinya mereka dari Melaka, mereka telah menjalani saringan suhu badan dan lima orang daripada mereka telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.. seramai 12 orang lagi elah dikenakan kuarantin di rumah selama seminggu.. Ekoran dari itu, maka tersebarkan khabar angin mengatakan muridku dijangkiti virus H1N1... Malah warga sekolah sendiri ada yang konfius tentang status itu... Namun, syukurlah...sehingga petang tadi murid yang dimasukkan ke isolation ward telahpun dipindahkan ke wad biasa...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah