Sunday, May 13, 2012

Badan Pengawas SMK Pantai

Pada 7 Mei 2012, jam 2.30 petang, bertempat di bilik mesyuarat SMKP, badan pengawas SMKP telah mengadakan satu aktiviti kepimpinan dan penghargaan kepada para pengawas sekolah yang telah banyak membantu dalam mengawal disiplin murid sekolah.

Program selama 1 jam 30 minit tersebut telah diisi dengan:

i)  Amanat pentadbir yang telah disampaikan oleh Pn. Jijah bt Mohamad Suhai, Penolong Kanan 1

ii) Peranan Pengawas sebagai Pemimpin disampaikan oleh PK HEM

Majlis yang dianjurkan badan pengawas ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zulhilmi bersama Pn. Azniah Jali

Selain daripada ucapan dan ceramah, majlis ini turut memberi penghargaan kepada para pengawas yang lahir pada bulan Januari hingga Mei... siap potong kek hari jadi lagi..

Majlis ini diakhiri dengan sembahyang asar berjemaah yang diimamkan ustaz Mohd Zulhilmi.

Semoga semua pengawas yang hadir dapat mengaplikasikan hasil ceramah yang telah diberikan dan dapat  bertugas dengan penuh dedikasi selepas ini.

Sedang mendengar ucapan daripada PK 1

apa yang dimenungkan tu?

Buat catatan

PK 1 dan Ustaz Mohd Zulhimi 

Serius nampak!

Semoga apa yang disampaikan akan dipraktikkan

nampak biru...

dengar dan fikir

serius PK 1 menyampaikan amanat

Tajaan Badan Pengawas


yang diraikan

yang diraikan

Jumpa lagi..

Masa untuk membuat ulangkaji


TENUNGAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
SEJARAH TINGKATAN 5

Gunakanlah tenungan ini sebagai panduan semasa membuat ulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun nanti.

Selamat belajar.


TEMA
BAB
TAJUK
CATATAN



TEMA 7
BAB 1
Kemunculan tamadun awal – Tamadun Hwang Ho



     
BAB 2
Peningkatan Tamadun – Aspek peningkatan tamadun
                              i        Pemerintahan dan pentadbiran
                             ii        Perundangan
                           iii        Perluasan kuasa

Peningkatan ekonomi – Tamadun India


TEMA 8
BAB 5
Kerajaan Islam di Madinah
                            i        Penyebaran Islam (perang dalam Islam)



TEMA 10



BAB 2
Faktor-faktor Pemangkin Nasionalisme

Gerakan Islah

Peranan Akhbar, Majalah dan Novel

Perjuangan Persatuan-persatuan Melayu





TEMA 11


BAB 3

Ciri-ciri Negara dan Bangsa

Kesultanan Melayu Melaka – Asas Pembentukan Negara dan bangsa

Warisan Negeri-negeri Melayu



BAB 5

Pakatan Murni

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Kandungan
- Kepentingan


Saturday, May 12, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2012 kepada semua yang bergelar murid sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Gunakanlah masa cuti hujung minggu ini dengan sebaik mungkin untuk membuat belajar dan menelaah pelajaran anda.

Belajarlah dengan bersungguh-sungguh, tekun dan fokus supaya apa yang anda baca boleh difahami dan diingati dengan mudah.

Jangan mudah putus asa.  Rancang masa kamu dengan sebaik mungkin.

Lupakan seketika keseronokan berhibur di pusat-pusat hiburan atau di depan laptop kamu...lupakan seketika jaringan sosial kamu... Lakukan pengorbanan ini demi kecemerlangan akademik kamu.

Gambar hiasan...sedang tekun menjawab soalan

Thursday, April 12, 2012

Jasamu dikenang

Satu majlis perpisahan pengetua En. Yusup b. Mohamad telah diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Majlis ini diadakan di dalam surau sekolah yang dihadiri semua pelajar tingkatan 5 dan majlis ketua tingkatan.  Pada peringkat awal, majlis ini dirancang di adakan di tapak perhimpunan, tetapi cuaca pagi itu hujan renyai-renyai, maka lokasi majlis ditukar di surau sekolah. Berikut ialah beberapa keping gambar yang boleh menceritakan majlis tersebut.


Sedang mendengar ucapan pengetua


 Persembahan daripada pasukan puisi berirama


 sebahagian guru yang turut serta

 Sempat posing....


sebahagian murid perempuan

 Penyampaian cendera hari daripada ketua kelas









Kek yang ditaja badan pengawas 

Pada sebelah tengah hari pula, telah diadakan salam selamat tinggal antara pengetua dengan semua murid...

















Thursday, March 1, 2012

Ujian Mac... Masa untuk Membuat Ulangkaji

SEJARAH TINGKATAN 5

BAB 2:  NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1          Senaraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.

F1
pengenalan sistem politik Barat
F2
dasar pentadbiran British
F3
pendudukan Jepun yang kejam
F4
Gerakan Reformasi Islam, Mesir
F5
Gerakan Pan-Islamisme sedunia
F6
kesedaran politik di Asia Tenggara seperti Indonesia
F7
penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
F8
perkembangan sistem pendidikan
F9
kemunculan mesin cetak

2          Jelaskan perjuangan Linggir di Saribas menentang James Brooke.

F1
enggan menyerahkan wilayahnya
F2
walaupun diserang
F3
menyerang kapal Nemesis
F4
setelah pelayarannya dihalang
F5
gagal

3          Jelaskan perjuangan Rentap menentang James Brooke di Sarawak

F1
orang Iban dianggap lanun
F2
penempatan orang Iban dihapuskan
F3
kampung Rentap dibakar
F4
Rentap berundur ke Bukit Sadok
F5
tewas dan berundur ke Entabai

4          Jelaskan perjuangan Syarif Masahor menentang James Brooke di Sarawak
F1
Menolak penguasaan Brooke di Sungai Rajang
F2
Hilang pengaruh
F3
dan hak kutipan cukai
F4
Menyerang kubu di Konawit
F5
menyerang Kuching
F6
gagal berundur di Brunei
F7
dibuang ke Singapura

5          Jelaskan perjuangan Tok Janggut di Kelantan menentang British.

F1
menentang sistem cukai
F2
enggan membayar cukai
F3
menyerang Pasir Puteh
F4
membentuk kerajaan
F5
menjadi perdana menteri
F6
diserang kapal perang Cadmus British
F7
dan senjata moden
F8
terkorban mayat digantung
6          Jelaskan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu.
F1
menentang sistem cukai
F2
undang-undang tanah
F3
membersih tanah di Kuala Telemong
F4
tanah Tengku Nik Maimunah
F5
penentangan bersenjata
F6
menyerang kuala Berang
F7
ditumpaskan British
F8
dibuang negeri ke Makkah

7          Apakah maksud Gerakan Islah?

F1
Gerakan mendorong masyarakat Melayu
F2
membetulkan pandangan terhadap Islam
F3
dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin
F4
dikenali sebagai Kaum Muda
F5
menggunakan akhbar al-Imam, Pengasuh, Saudara

8          Apakah saranan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu?
F1
menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F2
menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3
mempelajari mata pelajaran Fardu Ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris
F4
menggalakan pendidikan untuk perempuan
F5
mengkritik penjajah
F6
mengkritik raja dan pembesar Melayu
F7
memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial

9          Bagaimanakah Kaum Muda menyampaikan ideanya?

F1
menubuhkan madrasah
F2
menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3
peluang belajar kepada perempuan
F4
melalui akhbar al-Imam
F5
mengeluarkan buku dan risalah
F6
berdakwah

10        Jelaskan halangan yang dihadapi Kaum Muda dalam menyebarkan ideanya.

F1
ditentang Kaum Tua
F2
British turut menghalang
F3
negeri-Negeri Melayu mengeluarkan undang-undang
F4
tidak dibenarkan berdakwah tanpa kebenaran sultan
F5
risalah dan buku Kaum Muda disekat




11        Senaraikan akhbar yang meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.

F1
Majlis
F2
Utusan Melayu
F3
Warta Malaya
F4
Warta Negara
F5
Lembaga Malaya
F6
Fajar Sarawak

12        Terangkan peranan akhbar membangkitkan semangat nasionalisme Tanah Melayu.

F1
ekonomi
H1a
galak orang Melayu berniaga
H1b
tubuh syarikat kerjasama
H1c
jimat cermat
H1d
tidak jual tanah
F2
sosial
H2a
memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
H2b
menggalakkan pendidikan anak perempuan
H2c
bahasa Melayu bahasa rasmi
H2d
pendidikan bahasa Inggeris
H2e
pendidikan Islam menekankan nilai-nilai baik
F3
politik
H3a
seru orang Melayu bersatu
H3b
kritik British mengurangkan kuasa sultan
H3c
menolak dasar pilih kasih dalam pentadbiran
H3d
menubuhkan MAS

13        Senaraikan persatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

F1
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
F2
Persatuan Melayu Selangor
F3
Persatuan Melayu Perak
F4
Persatuan Melayu Sarawak
F5
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
F6
Kesatuan Melayu Muda (KMM)

14        Nyatakan matlamat perjuangan persatuan negeri ditubuhkan.

F1
menjaga kebajikan orang Melayu
F2
mengeratkan perpaduan Melayu
F3
memajukan ekonomi dan pendidikan
F4
menjaga agama Islam dan budaya


15        Bagaimanakah KMM berusaha untuk mencapai matlamat perjuangan?

F1
bekerjasama dengan Jepun
F2
menghalau British
F3
menjadi ejen propaganda Jepun
F4
membeli Warta Malaya
F5
untuk menyebarkan propaganda
F6
membuka cawangan KMM
F7
mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
F8
membentuk tentera semut

16        Mengapakah persatuan sangat berkesan dalam meniup semangat kebangsaan?

F1
Beroganisasi
F2
Matlamat jelas
F3
Ahli ramai
F4
Suara ramai
F5
Dianggotai intelek
F6
Mengatasi masalah bersama

17        Mengapakah persatuan sangat berkesan dalam meniup semangat kebangsaan?

F1
Beroganisasi
F2
Matlamat jelas
F3
Ahli ramai
F4
Suara ramai
F5
Dianggotai intelek
F6
Mengatasi masalah bersama

18        Nyatakan tindakan Jepun untuk menyekat semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
F1
dasar pemerintahan tentera
F2
tindakan yang kejam
F3
mengharamkan semua akhbar
F4
menggunakan nama Jepun pada akhbar
F5
menyekat kebebasan bersuara
F6
kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong
F7
menggunakan bahasa Jepun di sekolah
F8
memperkenalkan nilai budaya Jepun

19        Senaraikan gerakan anti Jepun di Tanah Melayu.

F1
MPAJA
F2
Pasukan Bintang Tiga
F3
Force 136
F4
Pasukan Wataniah Pahang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah