Saturday, October 13, 2012

Tenung-renung : Penubuhan/Pembentukan Malaysia



Tema 11: Bab 6: Tingkatan 5


Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial.

(a)        Apakah cadangan-cadangan yang 
            dikemukakan tentang pembentukan 
            Malayasia.

            (i)         Lord Brassey
   
                        F1        Menggabungkan Sarawak dan  Sabah dengan 
                                    Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri 
                                    Selat.
           
            (ii)        Sir Malcolm MacDonald dan Dato’ Onn 
                               
                        F2        Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, 
                                    Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu 
                                    digabungkan.

            (iii)       Lee Kuan Yew                                  
  
                        F3        Menggabungkan Singapura dengan Tanah 
                                    Melayu sahaja.


(b)        Nyatakan dua perkara yang disebut 
             oleh Tunku Abdul Rahman dalam 
             sidang akhbar di Singapura

            F1        Menyetujui gagasan Malaysia
            F2        Berharap Malaysia menjadi negara yang  disegani di 
                        rantau ini.
            F3        Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat 
                        diwujudkan.
            F4        Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat 
                        tempatan.

 (c)        Berikan dua sebab Lee Kuan Yew 
              begitu berminat menggabungkan 
              Singapura dengan Persekutuan Tanah 
              Melayu.           
            
          F1        Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di       
                      Singapura.
          F2        Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan 
                      Parti Tindakan Rakyat  pada masa depan
          F3        Barisan Sosialis boleh menggugat rancangan British 
                      memberi kemerdekaan kepada Singapura.
          F4        Ancaman komunis.
          F5        Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah 
                      Melayu membanteras pengaruh komunis.


(d)       Apakah faedah-faedah yang diperolehi 
            sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei 
            menganggotai Malaysia ? 
                
 F1        Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
 F2        Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia  
             Tenggara.
 F3        Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah 
             Borneo.
 F4        Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi 
             menggalakkan perkembangan industri    pertanian.
 F5        Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri- 
             negeri itu.
 F6        Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri 
             anggota



Hanya mereka yang tekun dan belajar secara berterusan sahaja yang akan memperoleh kejayaan.. .


Teruskan usaha kalian.



Tenung-renung : Peranan Persatuan Melayu



Mari kita membaca.  Membaca menambahkan pengetahuan dan menguatkan ingatan.

Tema 10: Bab 2: Tingkatan 5


Kemunculan Persatuan-persatuan Negeri awal abad ke 20 membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, sosial dan politik bangsa.

(a)     Tuliskan tiga tujuan perjuangan 
          nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri         
          Melayu.
        
F1     Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
F2     Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
F3     Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
F4     Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
F5     Memajukan diri dan bangsa Melayu
F6     Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
F7     Membincangkan nasib Melayu dalam ekonomi / 
         pendidikan / perkhidmatan kerajaan

(b)     Nyatakan peranan  Mohammad Eunos  
          Abdullah melalui Kesatuan Melayu   
          Singapura (KMS)

F1     Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
F2     Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan 
         Negeri-Negeri Selat
F3     Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura 
         mendapat perhatian British
F4     Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang 
         Melayu di Singapura
F5     Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau 
         Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu

(c)    Apakah tujuan penubuhan Persatuan 
         Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?

F1     Menggalakkan ahli berkenal-kenal
F2     Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan 
         diri dan bangsa
F3     Menggalakkan perpaduan / persaudaraan  orang Melayu 
         seluruh Semenanjung Tanah Melayu

(d)     Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan 
          Melayu Muda (KMM) yang bersifat 
          politik.

F1     Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari 
         Tanah Melayu
F2     Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
F3     Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda 
         anti-British
F4     Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
F5     Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
F6     Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

(e)     Apakah hasil daripada kongres Melayu yang 
         telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940?

F1     Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan 
         pendidikan dibincangkan
F2     Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran 
         kerajaan telah didedahkan
F3     Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek 
         Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
F4     Perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan 
         sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
F5     Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat 
         diatasi

(f)     Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak 
         menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?

F1     Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
F2     Kesulitan perhubungan
F3     Taraf pendidikan yang rendah

Selamat belajar. Teruskan usaha. 


Thursday, October 11, 2012

Tenung-renung #4

Mari kita belajar. Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.  Baca secara berterusan akhirnya kalian akan mudah ingat fakta yang berkaitan.  Jangan mudah menyerah pada takdir. Tingkatkan usaha : membaca untuk pengetahuan, membaca untuk memahami, membaca untuk menguasai.. 

Jom kita belajar.

Tema 8: Bab 5: Tingkatan 4



Maksud Perjanjian Hudaibiah

F1       Dinamakan Perjanjian Hudaibiah kerana mengambil nama 
           sempena nama sebuah tempat yang terletak di luar kota 
           Mekah iaitu Hudaibiah.
F2       Perjanjian damai ini berlaku antara Quraisy Mekah dengan 
           Rasulullah 
F3       Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun 6 Hijrah.

Sebab-sebab Rasulullah saw ingin ke Mekah

F1        Rasulullah saw bermimpi ziarah kaabah bersama sahabat.
F2        Setelah 5 tahun berhijrah ke Madinah perasaan rindu untuk 
            pulang ke kampung halaman.
F3        Kedudukan umat Islam yang semakin mantap.
F4        Wahyu daripada Allah SWT yang memfardhukan ibadat haji.

Senaraikan dua pihak yang menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.

F1        pihak Islam/Nabi Muhammad s.a.w./orang Islam Madinah
F2        Arab Quraisy Makkah

Nyatakan dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian itu.

F1       pada tahun 628M, rombongan orang Islam Madinah ke 
           Makkah untuk mengerjakan umrah
F2       rombongan orang Islam disekat di Hudaibiyah
F3       orang Islam menghantar Uthman bin Affan untuk 
           menerangkan tujuan kedatangan
F4       orang Islam bersumpah setia/"Baiah al-Ridwan" untuk 
           membela kematian Uthman bin       Affan
F5       orang Arab Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk 
           berunding
F6       maka, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak 
           Islam dengan Arab Quraisy

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam ?

F1        membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program 
            dakwah Islamiah secara aman
F2        orang Islam berpeluang mengerjakan haji pada tahun 
            berikutnya (7H/629M)
F3        Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam 
            untuk memasuki kota   Makkah dan 
            melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa
F4        pengislaman tokoh Arab Quraisy yang berpengaruh seperti 
            Khalid bin al-Walid, Uthman bin Talhah 
            dan Amr bin Al-As
F5        kerajaan Islam Madinah diiktiraf oleh Arab Quraisy
F6        Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w 
            sebagai pemimpin yang amat dikagumi. 
            Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin              
            yang mempunyai     wawasan dan berfikir 10 langkah ke 
            hadapan

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.

F1        mengutamakan keamanan
F2        kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3        permuafakatan dalam membuat keputusan/musyawarah
F4        sentiasa mengutamakan sifat pemaaf
F5        bertolerasi dalam kalangan masyarakat

Nyatakan isi Perjanjian Hudaibiyah.

F1        gencatan senjata selama 10 tahun
F2        kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam 
            Madinah atau Quraisy Makkah
F3        orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa 
            kebenaran penjaganya tidak perlu 
            dipulangkan
F4        orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa 
            kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
F5        umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun 
            berikutnya/7H

Berikan sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630M.

F1        orang Arab Quraisy Makkah melanggar Perjanjian 
            Hudaibiyah
F2        tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui 
            bersama
F3        membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak 
            kepada Islam
F4        strategi jangka panjang penyebaran Islam

Mengapakah kota Makkah mudah ditawan oleh tentera Islam ?

F1        pengislaman al-Abbas/Abu Suffian
F2        jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F3        bilangan tentera Islam yang ramai
F4        tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
F5        menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang 
            berlainan
F6        semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang 
            tinggi

Selamat Belajar...



Tuesday, October 9, 2012

Tenung-renung #3


Untuk persediaan Peperiksaan AkhirTahun tingkatan 4 &
SPM 2012

Jom kita buat ulangkaji.



Tema 8: Bab 6: Tingkatan 4

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 143)

F1    Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w dalam pemerintahan
F2    Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Nabi Muhammad s.a.w
F3    Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian
        agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.

(b) Senaraikan syarat yang perlukan untuk dicalonkan sebagai Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 143)

F1   Lelaki yang merdeka / - Beragama Islam
F2   Memilki pengetahuan tentang Islam
F3   Mematuhi perintah Allah
F4   Sanggup melaksanakan hukum Allah / - Bersifat adil
F5   Mempunyai akhlak yang baik
F6   Tubuh yang sihat dan sempurna
F7   Berfikiran cerdas / - Warak / - Pandai mentadbir kerajaan

(c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah dalam Islam. (Ruj : 
      Buku Teks ms. 143)

F1   Melalui musyawarah / syura
F2   Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
F3   Pemilihan daripada beberapa orang calon
F4   Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 144)
F1   Memelihara kedudukan agama Islam
F2   Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
F3   Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
F4   Memastikan kelicinan pentadbiran negara
F5   Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
F6   Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
F7   Menjaga kebajikan rakyat
F8   Menjaga dan meneruskan najaran Allah
F9   Mengekalkan perpaduan ummah
F10 Memantapkan sistem perundangan Islam
F11 Menguruskan kewangan negara
F12 Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

Selamat membuat ulangkaji...

Peperiksaan datang Lagi


Selamat menduduki 



  • peperiksaan PMR 2012 
  • Peperiksaan Akhir Tahun 2012
kepada murid yang berkaitan.

Semoga berjaya menperoleh kejayaan cemerlang.




Monday, October 8, 2012

Pendidikan dalam Tamadun Yunani dll

Jom belajar...mari kita buat ulangkaji sebagai persediaan untuk menduduki SPM atau peperiksaan akhir tahun 2012...



Tema 7: Bab 2: Tingkatan 4 : Peningkatan Tamadun

Tamadun Yunani
Tamadun Rom
Tamadun China
Tamadun India

1 a  Terangkan sumbangan tamadun di atas  
       terhadap bidang pendidikan dan seni bina.


Pendidikan Yunani

F1        Di Athens, melahirkan manusia seimbang
H1a      rohani dan jasmani
H1b     manusia cemerlang memenuhi tuntutan mental dan fizikal
H1c      kesejahteraan hidup
H1d     sukan/muzik/sastera/pidato/membaca/menghafal/menulis
F2        Di Sparta, ingin melahirkan tentera
H2a      gagah/setia/sempurna
H2b     latihan fizikal
H2c      kemahiran menggunakan senjata
F3        Sekolah falsafah
H3a      di Athens/Thebes/Elea/Miletus
H3b     pusat cendekiawan
H3c      melahirkan sejarawan
H3d     Thucydides/ Herodotus
H3e      pemikir dalam bidang sains dan teknologi
H3f      seperti Thales/Anaximander/ Heraclitus /Anaxagoras

Pendidikan Rom

F4        Penekanan aplikasi ilmu yang praktikal
H4a      semangat setia
H4b     membolehkan infrastruktur dan kemudahan awam 
            disediakan
H4c      pusat pendidikan berkembang di bandar-bandar
H4d     melahirkan jurutera
H4e      bina pengairan/bangunan/jalan raya
H4f      melahirkan ahli falsafah /sejarawan

Pendidikan India

F5        Pendidikan bermula pada zaman vedik
H5a      agama Hindu sebagai teras
H5b     didominasi oleh kaum lelaki
H5c      kaum wanita tidak berpeluang terima pendidikan H5d 
            pembelajaran kitab-kitab Veda
H5e      bahasa sanskrit sebagai medium pengajaran
H5f      kaedah hafalan
H5g      menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
H5h     nilai-nilai murni dalam agama

F6 Pendidikan Tinggi

H6a      kolej Brahman
H6b     Universiti Nalanda
H6c      mencapai taraf Brahmin
H6d     hafal buku agama
H6e      yang mengandungi ritual/mantera/lagu-lagu agama
H6f      pelajari karya saintifik/ falsafah
H6g      meningkatkan ilmu sains
H6h     mengatasi buta huruf
H6i      mendapatkan jawatan

Pendidikan China

F7        Pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
H7a     3 peringkat pendidikan/rendah/menengah/tinggi
H7b     peringkat rendah mengenal/ menghafal tulisan Ideogram
H7c     dan 9 buah buku suci tanpa faham maknanya
H7d     peringkat menengah, tumpuan terhadap karangan dan 
            sastera
H7e      peringkat tinggi, tumpuan untuk terjemah buku suci

F8        Peperiksaan awam mempunyai 3 tahap
H8a      tahap pertama/Hsiu Tai
H8b     tahap kedua/Chun Jen
H8c      tahap ketiga/Chin shih
H8d     tahap pertama setaraf Ijazah pertama
H8e      tahap kedua setaraf Sarjana
H8f      tahap ketiga setaraf doktor falsafah
H8g      peperiksaan tahap pertama di daerah
H8h     peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
H8i      peperiksaan tahap ketiga di ibu kota 
            empayar/istana/hadapan Maharaja
H8j      lulus tahap pertama menjadi pegawai kerajaan
H8k     lulus tahap ketiga menjadi pendidik
H8l      tahap pertama diadakan 2 kali dalam masa 3 tahun
H8m    tahap kedua dan ketiga diadakan 1 kali dalam masa 3 tahun
H8n     sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua 


(b)     Berikan cadangan anda bagi  
          meningkatkan kualiti pendidikan negara 
          kita bagi menjamin kecemerlangan 
          yang berterusan.

F1           Kajian semula sistem pendidikan kebangsaan
F2           Semakan kurikulum/kurikulum yang memenuhi 
               pasaran kerja
F3           Memperkasa Sekolah Bestari
F4           Memperbanyak Sekolah Wawasan
F5           Memperkasa sekolah sukan/Sekolah Sukan Bukit Jalil/ 
               Sekolah Sukan Bandar Penawar
F6           Sekolah Amanah
F7           Penekanan aspek mental dan fizikal
F8           Penguasaan ICT/komputer/internet
F9           Pemantapan KSSR
F10         Dasar MBMMBI
F11         Pemantapan program LINUS
F12         Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia
F13         Memperbanyak sekolah Seni
F14         Kelengkapan prasarana ICT
F15         Prasarana dalam bilik darjah yang lengkap/kelas 
               kondusif
F16         Memperbanyak institusi pengajian tinggi 
F17         Sistem sekolah satu sesi
F18         Sistem persekolahan percuma
F19         Nisbah murid dalam kelas yang kecil
F20        Skim makanan percuma untuk pelajar
F21         Kupon tuisyen yang menyeluruh untuk para pelajar
F22         Kemudahan untuk menyediakan bahan P&P 
               yang lengkap
F23         Peningkatan profesion perguruan yang berterusan


(c)     Pada pendapat anda, bagaimanakah 
         melahirkan masyarakat yang maju dan 
         saintifik selaras dengan cabaran 
         Wawasan 2020.

F1           Literasi ICT/internet/komputer
F2           Latihan pemasangan peralatan ICT di sekolah
F3           Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
F4           Berfikiran progresif/maju ke depan
F5           Berfikir secara kritis dan kreatif/KBKK
F6           Menyerap segala perubahan persekitarannya
F7           Menguasai ilmu sains dan teknologi
F8           Mengekalkan budaya ilmu
F9           Inovatif
F10         Pertukaran teknologi dengan negara-negara luar
F11         Mahir menggunakan gajet-gajet terkini
F12         Futuristik
F13         Memudahkan urusan mempaten hak cipta
F14         Institusi pendidikan berfokus kemahiran
F15         Penyelidikan dan Pembangunan/R&D
F16         Kempen hari inovasi negara
F17         Sokongan daripada syarikat swasta
F18         Bandar pintar/Putrajaya/cyberjaya/KLCC
F19         Pertandingan reka cipta /robotik 


Selamat belajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah