Thursday, March 1, 2012

Masa untuk Ulangkaji...Ujian Mac

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

PERLUASAN KUASA

1          Namakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa.
Yunani
F1        Philip II
F2        Alexander The Great

Rom
F3        Julius Caesar
F4        Augustus Caesar

India
F5        Chandragupta Maurya
F6        Asoka

China
F7        Shih Huang Ti
F8        Han Wu Ti

2          Apakah sumbangan Alexander The Great kepada tamadun Yunani?

F1        Membentuk empayar luas
F2        Berjaya menakluk Parsi, Mesir
F3        Memperkenalkan kebudayaan campuran (Hellenistik)
F4        Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean

3          Apakah sumbangan Maharaja Augustus Caesar kepada Rom?

F1        Perkenalkan pemerintahan warisan
F2        Memerintah secara diktator
F3        Membentuk jajahan takluk
F4        Membentuk empayar
F5        Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan kepada Rom

4          Apakah keistimewaan Maharaja Asoka dalam perluasan kuasa di India?

F1        Menekankan dasar lemah lembut dan terbuka
F2        Perluasan empayar melalui agama Buddha
F3        Tidak menggunakan kekerasan

5          Bagaimanakah Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan kedudukannya?

F1        Menyatukan kerajaan kecil
F2        Memerintah secara tegas dan mutlak
F3        Menghapuskan golongan bangsawan
F4        Melantik gabenor dan panglima tentera
F5        Membina Tembok Besar China
F6        Menggunakan pemerintahan berpusat

6          Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan berpusat yang diamalkan oleh Dinasti        Chin

F1        Konsep Maharaja menggantikan raja
F2        Pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
F3        Menghapuskan golongan bangsawan
F4        Gabenor dan panglima tentera dilantik mentadbir wilayah
F5        birokrasi awam ditubuhkan, pegawainya dilantik oleh Maharaja
F6        Jawatankuasa perkhidmatan awam (Hon Kao Tsu) menentukan perlantikan pegawai
F7        Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam

7          Pada pandangan anda, mengapakah perluasan kuasa tidak dibenarkan masa kini?

F1        Memusnahkan harta benda
F2        Mengorbankan nyawa
F3        Bertentangan hak asasi manusia
F4        Kemerosotan ekonomi
F5        Negara tidak aman


8       Undang-undang yang diperkenalkan di China berasaskan falsafah legalisme yang ditulis oleh Han Fei  
         Tzu. Apakah prinsip falsafah legalisme ini.

F1        hukuman berat dan bercorak kolektif
F2        dalam melaksanakan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.
F3        Undang-undang / penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira apa jua keadaan.
F4        Raja mesti memiliki kuasa utuh untuk membendung tingkah laku liar manusia


PENINGKATAN EKONOMI

1          Nyatakan ciri-ciri ekonomi tamadun India.

F1        ada perdagangan dalam dan luar
F2        hasilkan barangan senjata
F3        hasilkan barangan emas
F4        ada persatuan perdagangan
F5        ada guna mata wang
F6        ada perusahaan sutera, emas, mutiara
F7        ada sistem cukai
F8        ada pelabuhan perdagangan


2          Apakah matlamat persatuan perdagangan tamadun India?
            F1        untuk kawal harga barang
F2        untuk jaga kualiti barangan
F3        untuk jaga gaji pekerja

3          Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian.
F1        menggunakan pengairan
F2        perkenalkan sistem tanaman bergilir
F3        ada teres bukit
F4        guna tenggala
F5        perkenalkan penyisir tanah
F6        guna kereta kuda
F7        guna kolar kuda
F8        batas tanaman

4          Bagaimanakah anda menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara?

F1        rajin bekerja
F2        menguasai teknologi moden
F3        mengamalkan perpaduan
F4        menguasai ilmu pengetahuan
F5        perlu kreatif dan inovatif
F6        berbelanja secara berhemah
F7        berjimat cermat
F8        menguasai pelbagai kemahiran

PENINGKATAN PENDIDIKAN

1          Apakah aspek yang dititikberatkan dalam pendidikan di Athens?
           
            F1        pendidikan sukan
F2        pendidikan muzik
F3        pendidikan seni berpidato
F4        pendidikan kesusasteraan
F5        pendidikan membaca, menghafal, menulis

2          Nyatakan tujuan pendidikan di Athens dan Sparta.

Tujuan pendidikan di Athens ialah
F1        mementingkan pendidikan mental
F2        mementingkan pendidikan rohani dan jasmani
F3        melahirkan golongan sejarawan, ahli falsafah


Tujuan pendidikan di Sparta ialah

F4        mementingkan latihan fizikal
F5        mementingkan kemahiran guna senjata
F6        melahirkan tentera yang gagah
F7        melahirkan warganegara yang setia

3          Tujuan pendidikan di Rom ialah
F1        menekankan ilmu yang praktikal
F2        semangat setia kepada Rom
F3        melahirkan jurutera
F4        melahirkan ahli falsafah dan sejarawan

4          Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi penekanan dalam  pembangunan   
            pendidikan?
F1        melahirkan warganegara yang patriotik
F2        melahirkan pelajar berdisiplin
F3        sebagai alat perpaduan
F4        melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan
F5        dapat menguasai kemahiran
F6        dapat membangunkan negara
F7        dapat melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

5          Nyatakan ciri-ciri pendidikan zaman Vedik di India.

F1        didominasikan oleh kaum lelaki
F2        mementingkan keagamaan
F3        pembelajaran kitab veda
F4        kaedah penghafalan kitab
F5        diajar dalam bahasa Sanskrit
F6        karya saintifik dan falsafah dipelajari

6          Apakah tujuan pendidikan di India?

F1        dapat menambah ilmu
F2        dapat mengatasi buta huruf
F3        dapat jawatan dalam perkhidmatan
F4        dapat menerap nilai-nilai murni
F5        dapat menghadapi hari selepas mati

7          Matlamat utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.         Bagaimana 
            peperiksaan ini dikendalikan.

F1        Dikendalikan dengan ketat
F2        Mereka yang meniru dihukum mati
F3        Pemeriksa dikurung sebelum hari peperiksaan
F4        Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan dalam bilik ,
F5        disediakan makanan
F6        Calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan

8          Apakah tujuan peperiksaan awam di China?

F1        menjadi pegawai kerajaan
F2        menjadi pendidik
F3        hafal tulisan ideogram
F4        mengarang sastera dan karangan
F5        menterjemahkan kitab suci

9          Pada pandangan anda, bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia dapat mewujudkan  perpaduan 
            kaum?
            F1        sukatan pelajaran yang sama
F2        bahasa pengantar yang sama
F3        sistem persekolahan yang sama
F4        penglibatan semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum
F5        menerap nilai-nilai murni
F6        perkenalkan sekolah wawasan
            F7        perkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


SAINS DAN TEKNOLOGI

1          Nyatakan sumbangan tokoh berikut dalam tamadun Yunani.

F1        Thales              :           Matematik
F2        Pythogoras      :           Matematik
F3        Hippocrates     :           Perubatan
F4        Archimedes     :           Fizik, matematik dan graviti
F5        Ptolemy           :           Astronomi




2          Nyatakan sumbangan tamadun India dalam sains dan teknologi.

F1        Astronomi
F2        Matematik
F3        Sistem nombor/geometri/sistem angka

3          Nyatakan faktor perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun berikut.

Tamadun India
F1        Kecenderungan dalm fisiologi (yoga)

Tamadun China
F2        Pengamalan Yin dan Yang



4          Nyatakan sumbangan tamadun China dalam sains dan teknologi.

F1        teknologi membuat kertas
F2        tembikar
F3        layar perahu dan kapal
F4        astronomi
F5        Perubatan

5          Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemajuan sains dan teknologi kepada   negara kita?

F1        kemajuan ekonomi
F2        peningkatan taraf hidup
F3        keselamatan negara
F4        keselesaan hidup
F5        menaikkan nama negara
F6        peningkatan produktiviti


SENI BINA

1          Nyatakan fungsi seni bina berikut:

Aquaduct (Rom)
F1        Bekalan air

Acropolis (Yunani)
F2        pusat keagamaan
F3        pusat petadbiran

Colloceum (Rom)
F4        Tempat pahlawan Rom bertarung
F5        sebagai teater

Tembok Besar China
F6        benteng pertahanan
F7        menghadapi serangan orang gasar

2          Apakah kemahiran yang ada sehingga dapat membina senibina yang unik?

F1        Matematik
F2        Geometri
F3        Fizik
F4        Kesenian
F5        Berpengetahuan membentuk segi empat, pyramid


 3          Nyatakan sumbangan tamadun China dalam seni bina.

F1        Tembok Besar China
F2        Kuil
F3        Pagoda
F4        Jambatan
F5        Pintu gerbang

4          Nyatakan ciri-ciri Tembok Besar China.

            F1        dibina sejak Dinasti Chou
F2        sepanjang 1500 batu
F3        dari Kansu ke Peking

5          Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara seni bina   berunsur sejarah?
F1        Untuk pelancongan
F2        Untuk kepentingan ekonomi
F3        Sebagai sumber sejarah
F4        Sebagai warisan budaya
F5        Dapat mengekalkan untuk generasi akan datang






























Friday, January 27, 2012

Kerja rumah a.k.a homeworks

Hari ni dah hari Jumaat...cuma tinggal dua hari lagi untuk menghabiskan baki cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina 2012. Minggu depan kembali ke rutin biasa... alam pekerjaaan a.k.a alam persekolahan.

Cuti dibekalkan bersama kerja rumah yang perlu dibereskan.  Kerja rumah bukan untuk murid sahaja.  Kerja rumah untuk guru juga. Uhukhukss.

Persoalannya dah siap ke?

Apapun, semua kerja yang diberikan itu satu amanah. Maka buatlah, siapkanlah. Buatlah secara berdikit-dikit. 


Pesanan untuk diri sendiri.

Tuesday, January 24, 2012

Imperialisme di Asia Tenggara Sr 3

Nota Bab 1 Sejarah Tingkatan 5


BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nasionalisme di Asia Tenggara


1   Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.


   F1 Dasar Penjajah Barat
   H1a Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah.
   H1b Penduduk tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.
   H1c Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas.
   H1d Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat.
   H1e Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka.


   F2 Pengaruh Agama.
   H2a Agama menjadi alat penyatuan rakyat.
   H2b Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.


   F3 Karya Kesusasteraan.
   H3a Karya membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.
   H3b Karya menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.


   F4 Pendidikan.
   H4a Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
   H4b Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
   H4c Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja.
   H4d Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.


   F5 Kemunculan Golongan Intelek.
   H5a Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam.
   H5b Memimpin gerakan nasionalisme menuntut membaiki taraf hidup dan membebaskan negara.


   F6 Pengaruh Media.
   H6a Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat nasionalisme.
   H6b Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.


   F7 Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.
   H7a Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
   H7b Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah


   F8 Pengaruh Luar.
   H8a Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
   H8b Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.


2.   Gerakan Nasionalisme Tahap Pertama di Asia Tenggara.

            F1        Bersifat setempat.
            F2        Tiada organisasi.
            F3        Matlamat gerakan nasionalisme mennuntut pembaharuan dalam bidang                               
                        kebudayaan, agama dan hak peribumi.
            F4       Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.
            F5       Dipimpin golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur   
                        Tengah                
            F6       Bersifat sederhana
            F7       Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan

3.         Gerakan Nasionalisme Tahap Kedua di Asia Tenggara.

            F1        Bersifat nasional.
            F2        Mempunyai  organisasi yang tersusun.
            F3        Mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan
            F4        dan membentuk kerajaan sendiri.
            F5        Dipimpin  golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan
            F6        Menggunakan gerakan bersifat radikal.
            F7        Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.


4.         Ciri-ciri gerakan nasionalisme TAHAP PERTAMA di Filipina.

F1          merupakan gerakan dakyah
F2          dipimpin oleh Jose Rizal
F3          menuntut kebebasan bersuara
F4          menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F5          menubuh Liga Filipina
F6          ditangkap dan dibunuh

5.         Ciri-ciri gerakan nasionalisme TAHAP KEDUA di Filipina

         F1        dimulakan oleh Andres Bonifacio
         F2        menubuhkan Katipunan
F3          untuk menyatukan bangsa Filipina
F4          mencapai kemerdekaan
F5          melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
F6          menggunakan akhbar Kalayan
F7          diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8          bekerjasama dengan Amerika Syarikat


6.         Ciri-ciri gerakan nasionalisme TAHAP PERTAMA di Indonesia

         F1        dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini
F2          memajukan pendidikan wanita
F3          menulis karya Seorang Puteri Jawa
F4          mendedahkan kemunduran dan penindasan Belanda
F5          melalui pertubuhan Muhammadiyah
F6          matlamat menyebarkan Islam
F7          menentang penyebaran agama Kristian

7.         Ciri-ciri nasionalisme TAHAP KEDUA di Indonesia

F1          diperjuangkan oleh parti radikal
F2          seperti Parti Nasional Indonesia (PNI)
F3          dipimpin oleh Soekarno
F4          menuntut kemerdekaan
F5          walaupun secara kekerasan
F6          PNI diharamkan

8.         Ciri-ciri nasionalisme TAHAP PERTAMA di Thailand

          F1        menentang penguasaan politik kerabat diraja
F2          raja berkuasa mutlak
F3          sikap boros raja
F4          pendidikan Barat mendedahkan fahaman demokrasi
F5          pendedahan tentang raja berpelembagaan
F6          Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai
F7          menamatkan raja berkuasa mutlak.

9.         Ciri-ciri nasionalisme TAHAP KEDUA di Thailand

F1          rakyat tidak puas hati penguasaan ekonomi orang Cina
F2          dan kapitalis Barat
F3          menyekat penguasaan melalui undang-undang
F4          sekolah Cina dibubarkan
F5          akhbar Cina dibubarkan
F6          penduduk tempatan digalak menguasai ekonomi
F7          jawatan tertinggi hanya untuk penganut Buddha
F8          nama Siam ditukar kepada Thailand

Imperialisme di Asia Tenggara Sr 1

Nota Bab 1 Sejarah Tingkatan 5

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.



1       Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?

         F1     Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
         F2     Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

2       Senaraikan keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut.

         F1     Kedudukannya strategik, laluan perdagangan laut antara China dengan India
         F2     Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China
         F3     Tanah yang subur untuk pertanian dagang
         F4     Kaya dengan bahan mentah

3       Mengapa perkara berikut mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara.

(i)      Penggunaan kapal wap dan Pembukaan Terusan Suez

         F1  Muatan lebih banyak
         F2  Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat
         F3  Memendekkan jarak perjalanan
         F4  Perjalanan lebih selamat
         F5  Menjimatkan kos

         (ii)     Penciptaan Telegraf


         F1  Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat
         F2  Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
         F3  Urusan perdagangan lebih mudah
         F4  Perdagangan antarabangsa lebih pesat


(4)  Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan antara
          mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara.  

         F1     Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
         F2     Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan
         F3     Mereka lebih maju dan bertamadun
         F4     Beban Orang Putih / Bertanggungjawab  memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan                            
         F5     Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur
         F6     Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan      

Imperialisme di Asia Tenggara Sr 2

Nota Bab 1 Sejarah Tingkatan 5

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


1.   Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara :

F1  Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
F2  Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F3  Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
F4  Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
F5  Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

2.   Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :

F1   Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2   Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
F3   Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
F4   Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
F5   Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

3.   Maksud Sistem Encomienda :

F1   Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
F2   pemerintahnya diketuai encomiendero

4.   Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :

F1   menjaga keamanan
F2   mengutip cukai
F3   mengkristiankan penduduk barangay

5.   Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.

F1  mengenakan cukai yang tinggi
F2  mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

6.  Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :

F1  pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
F2  pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3  pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
F4  pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
F5  Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
F6  Belanda menubuhkan dewan tempatan
F7  dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
F8  dewan tempatan tiada kuasa perundangan
F9  Belanda menubuhkan Volksraad
F10  merupakan majlis rakyat

7.   Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :

F1  Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
F2  pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
F3   raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
F4   Myothugyi menjadi ketua Bandar
F5   Ahmudan menjadi pegawai diraja
F6   Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
F7   raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

8.  Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :

F1   menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
F2   institusi raja tersingkir
F3   British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
F4   British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
F5   British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
F6   British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta PerkampunganBurma
F7   Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
F8   pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
F9   British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
F10   British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
F11   British memperkenalkan majlis Perundangan
F12  & beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

9.   Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :

F1   diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
F2   pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
F3   raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
F4   setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
F5   pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
F6   pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

10.          Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :

F1   Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
F2   Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
F3   Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
F4   Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
F5   Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
F6   kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
F7   kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
F8   kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

11.   Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :

F1   Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
F2   Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
F3   Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
F4   Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
F5   Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.


12.   Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand :

F1   melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
F2   penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
F3   Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
F4   Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
F5   Penasihat Perancis dalam ketenteraan

13.   Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :

F1   memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
F2   melantik juruaudit dari Britain
F3   pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
F4   memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
F5   pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

14.  Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara :

F1   Penunuhan Kerajaan Pusat
F2   Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
F3   pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
F4   pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
F5   Terhapusnya institusi raja
F6   Raja kehilangan kuasa
F7   Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
F8   Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
F9   Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
F10   Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
F11  Pengenalan sistem undang-undang Barat
F12   Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
F13   rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
F14   sistem kehakiman barat
F15   Raja menerima penasihat Barat
F16   Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
F17   Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal  
         agama dan adat istiadat melayu
F18   pembesar tempatan hilang pengaruh
F19   pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.


Friday, January 6, 2012

Minda Fikir

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Thursday, January 5, 2012

Subjek Sejarah wajib lulus SPM

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
‘‘Saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus.

‘‘Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, ia adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar tetapi tidak wajib lulus,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menurut Muhyiddin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), maka mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014.
‘‘Seperti yang telah dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah pada masa ini elemen sejarah hanya diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan,’’ katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan langkah menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah akan dimulakan pada 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada tarikh asal ditetapkan.

dipetik daripada http://utusan.com.my 24 Okt 2010

Berikut ialah format pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah untuk pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013


Format Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah SPM 2013 -  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah