Saturday, February 12, 2011

Salam Maulidur Rasul

15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja diperolehi orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

sumber: Wikipedia





 

Sunday, January 30, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH 2011

Tanggal 1 Februari  merupakan hari cuti umum kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

WPKL dan WP Putrajaya, hampir semua orang Malaysia tahu lokasi dan kedudukannya dalam peta Malaysia. Namun agak ralat sedikit apabila ada rakyat Malaysia yang tidak tahu status Labuan sebagai wilayah persekutuan walaupun Labuan telah diberi status tersebut sejak tahun 1984 lagi.

Masih ada rakyat Malaysia yang menyebut Labuan, Sabah.  Lebih menyedihkan lagi, ada dj/juruhebah radio/TV yang menyebut Labuan, Sabah.. memang menyedihkan... Sepatutnya, mereka perlu peka dengan fakta sejarah tanah air kerana dj/juruhebah merupakan golongan yang berpengaruh dan perkara yang disampaikan akan didengar/dilihat oleh sebahagian rakyat Malaysia dan diakui benar oleh kebanyakan pendengar.

Semoga pihak yang berkaitan akan membuat promosi yang lebih hebat dalam menyebar luaskan fakta status Labuan sebagai wilayah persekutuan...bukan lagi sebagai sebuah daerah dalam negeri Sabah. Semoga dengan kecanggihan media massa hari ini seperti internet dan laman sosial yang ada dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini tentang Wilayah Persekutuan Labuan.




Selamat Menyambut Hari Wilayah....semarakkan sambutan ini dengan mengibarkan bendera wilayah di tempat anda...


Saturday, January 29, 2011

Latihan Semasa Cuti

Sepanjang cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina yang agak panjang ini - 29 Januari - 6 Februari  (9 hari), saya sarankan kepada semua murid saya, isikan masa yang ada itu dengan aktiviti yang mendatangkan faedah dan jangan lupa buat latihan dan ulangkaji pelajaran.

Kepada pelajar 4 Topez dan 4 Berlian, perlu siapkan latihan ini dan hantar selepas cuti.  Manakala pelajar lain bolehlah cuba buat latihan ini sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan sedia anda.

latihan-bab-1-Tingkatan-4

Bagi pelajar tingkatan lima sangat digalakkan untuk mencuba latihan ini sebagai ulangkaji dan untuk memantapkan daya ingatan terhadap pelajaran tingkatan empat.

Sunday, January 23, 2011

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2011



Tarikh : 15 Januari 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK. Pantai

Pengetua sedang memberikan ucapan alu-aluan dan amanat pengetua



Para guru sedang mencatat amanat yang disampaikan pengetua...



Para guru sedang tekun mendengar sambil membuat persedian untuk membentangkan pelan strategik panitia masing-masing untuk 2011



Guru Cemerlang ICT - Cikgu Khaidhir...serius betul tu..


Kaunselor Cemerlang - mdm Ong Suat Ping...tajam betul renungan tu...


 Masa rehat..sempat posing sementara tunggu giliran ambil makanan...




Tiada lagi senyuman wan T selepas ini...pindah sekolah sudah...




Bismillahirrahmanirrahim....



senyum...



 SMK PANTAI MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015

Sunday, January 2, 2011

Kembali ke Sekolah 2011















Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H

Insyaallah beberapa jam saja lagi kita akan berada dalam zon 1 Muharram 1432 Hijrah. Ini bermakna kita akan memasuki tahun baru mengikut kalender Islam.

Pesanan buat diri sendiri...inilah masanya untuk muhasabah diri menghitung pencapaian sepanjang 1431H yang lalu di samping membuat resolusi bagi meneruskan perjalanan seterusnya.
Apabila tiba tahun baru hijrah teringat lagu hijrah...memang evergreen... seperti lirik di bawah

Tajuk Lirik Lagu: Maal Hijrah

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman







Satu lagi lagu yang memaparkan semangat hijrah. Hayatilah lirik ini.

Penyanyi: In-Team
Tajuk Lirik Lagu: Hijrah Satu Wawasan

   
Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang
  
Mulakan hijrah dengan niat
 Yang suci dan pasti
 Membina kehidupan harmoni
 Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
 Sejahtera hidup aman sentosa
  
C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran
Contohilah Rasulullah
 Berhijrah dari Makah ke Madinah
 Demi menegakkan kalimah yang suci
 Hijrah satu perubahan
 Dalam meniti arus kemodenan
 Dari kemunduran kepada kemajuan

 Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni







Friday, December 3, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Harapan: semoga roh 1432H dapat memberi perubahan yang positif  khususnya untuk diri ini walaupun sedikit. Lebih kuat, lebih sihat dan sentiasa berfikiran positif. Insyaallah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah