Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Lamanya sudah tidak menulis di ruang blog ini.  Post yang terakhir pada Februari 2013...Kini saya kembali di sini... pada kesempatan ini saya mengambil aura Ramadan al-Mubarak dan Aidilfitri yang bakal menjelma untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat-handai-kenalan yang jauh dan dekat, guru-guru yang pernah mendidik saya, anak-anak didik saya, jiran taulan dan para muslimin dan muslimat yang kenal akan diri saya.  Semoga aidilfitri tahun ini membawa kebahagian dan kegembiraan yang sukar dilupakan dalam lipatan memori kehidupan.



Nampaknya, raya tahun ini saya dan keluarga nukleas saya menyambutnya di bumi Pulau Mutiara Laut China Selatan ini. Rasanya hanya Maha Pencipta yang mengetahuinya.  Tidak dinafikan rasa sedih, hiba dan sayu menyelinap di sanubari lebih-lebih lagi apabila terdengar lagu hari raya malar hijau berkumandang di radio @ tv.  Terasa ingin sangat  menyambutnya bersama-sama keluarga di kampung. Tapi apakan daya, namun saya redha dengan situasi ini.  Saya perlu menceriakan hari kebesaran ini walaupun berada jauh daripada kampung halaman. 

Sempena tibanya hari yang mulia ini, saya merapatkan sepuluh jari memohon keampunan atas segala silap dan salah dari segi perbuatan, perkataan atau bahasa tubuh yang telah menyinggung hati dan perasaan kalian. Maafi saya.



sumber kad: http://www.myy.my/2012/08/selamat-hari-raya/

Tuesday, February 26, 2013

Apa sahaja...mari kita baca..

Segarkan minda. Lihat & fikirkan.








Wednesday, February 13, 2013

Selamat Hari Rabu



Selamat hari Rabu.  Hari pertengahan minggu.  Saya masih bercuti.  Cuti panjang sempena tahun baru Cina ini.  Sembilan hari bercuti.  Cuti sakan. Tapi cuti bukan sebarang cuti. Banyak urusan tertangguh yang perlu dibereskan.  Selain urusan rasmi tempat kerja, urusan yang perlu diselesaikan ialah urusan peribadi.  Inilah hari yang sesuai. Hari pertama ofis dibuka selepas mereka bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina.  Daripada pemerhatian yang dibuat, di mana-mana tempat ramai pelanggan.. di klinik swasta, bank, jabatan kerajaan kelihatan ramai pelanggan yang menyelesaikan urusan masing-masing. 

Tadi sempat juga singgah di terminal feri kenderaan, suasana agak lengang dan tenang.  Masih ramai yang belum pulang ke pulau. Yang meninggalkan pulau ini juga tidak berapa ramai.  Permandangan ini sangat berbeza dengan  suasana pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lalu... terminal ini penuh dengan orang... penumpang dan kenderaan.  Masing-masing mengambil peluang cuti yang panjang ini untuk meninggalkan pulau ini seketika dan menghirup udara kota raya Kota Kinabalu atau pulang ke kampung halaman di tanah besar Sabah.





Feri Kimanis yang dijadualkan bertolak jam 10.30 pagi  masih banyak ruang kosong sedangkan pada foto ini dirakam jam menunjukkan pukul 9.50 pagi.

Untuk mereka yang masih bercuti, selamat meneruskan percutian anda.  Kepada mereka yang telah bekerja, bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Sunday, February 3, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU KIKO DAN SHAH


Salam hujung minggu.

Cuti hujung minggu yang panjang memang disukai ramai terutama oleh mereka yang bergelar murid atau kaki tangan kerajaan/swasta. Pada cuti hujung minggu yang panjang ini juga, ramai yang ambil kesempatan untuk membuat pelbagai aktiviti keluarga atau kemasyarakatan.


Sehubungan itu, keluarga salah seorang staf SMK Pantai WPLabuan iaitu Pn. Dk Noorhayati Pg. Rauf  atau lebih popular dengan panggilan Ming juga telah menggunakan cuti hujung minggu ini untuk mengadakan kenduri kahwin untuk adik bongsu beliau.


Walaupun kenduri tersebut diadakan di seberang Labuan, kami sedaya upaya untuk hadir bagi memenuhi undangan sekaligus meraikan orang baru dan memeriahkan majlis tuan rumah...hehehe...makan free


Perkahwinan antara dua budaya - budaya Melayu Brunei dengan budaya Mami Penang.  Memang unik dan menarik.


senyum tak lekang di bibir mempelai


Dalam perjalanan - feri
Perjalanan pergi, kami menaiki feri penumpang Rajawali. Tiket hanya berharga RM6 setelah dikaun 50% melalui bajet 2013. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Ombak agak kuat dan sedikit berangain menyebabkan feri agak 'olang-oleng'...bikin fening kefala (pening kepala)



Pelamin dihias indah menunggu pasangan pengantin



Raja sehari



Ahli rombongan bergambar bersama pasangan pengantin

Pengarah Pelajarah JPWPL mengabadikan kenangan bersama mempelai

Para tetamu menjamu selera - memang meriah


Mengabadikan momen indah bersama mempelai


Tetamu dihiburkan dengan persembahan ghazal dan tarian 


Mantan pengarah pelajaran Labuan yang juga bapa saudara kepada pengantin perempuan telah menghiburkan kami sewaktu kami menikmati jamuan makan... lagu ghazal... menghidupkan kembali adat dan tradisi bangsa melayu.. Macam kenduri kahwin En. Jamil dalam filem Madu Tiga..hehe





Bagai pinang dibelah dua - Kiko dan Shah
Dalam perjalanan pulang - speedboat - Uncle Suhaimi bersama Faris dan Tira

Dalam speedboat - Farid renungkan apa tu...


Feri Kimanis membawa kami pulang- pulang bersama kenangan manis 

Selamat pengantin baru buat Kiko dan Shah.  Semoga cangkul dan tanah yang memisahkan kalian.


Thursday, January 31, 2013

Modul Cemerlang Bab 1 Tingkatan 5

Modul Cemerlang Bab 1 Tingkatan 5

Wednesday, January 2, 2013

Latihan Sejarah



Bab 1: Tamadun Awal Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembali ke alam persekolahan . Kembali sibuk dengan kerja sekolah dan kerja rumah.

Kepada murid tingkatan 4 khususnya  4 Topez SMK Pantai,  sila muat turun latihan ini untuk latihan bab 1: Sejarah Tamadun Awal Manusia.

Bab 1 Tingkatan 4



Selamat belajar. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan 
dapat sagunya.

Tuesday, January 1, 2013

Kembali ke Sekolah 2013 Sr2



Saja nak kongsi lirik lagu Indonesia tentang perasaan dan impian seorang yang bergelar murid.

Kembali Ke Sekolah 
Lirik oleh  Sherina
Senang, riang, hari yang kunantikan 
Kusambut, 'Hai' pagi yang cerah
 
Mataharipun bersinar terang
 
Menemaniku pergi sekolah
 
Senang, riang, hari yang kuimpikan
 
Jumpa lagi kawanku semua
 

S'lamat pagi, guruku tersayang 
Ku siap mengejar
 cita - cita
Dengarlah lonceng berbunyi 
Kawan segeralah berlari
 
Siapkanlah dirimu
 
Dalam mencari ilmu
Waktu cepat berganti 
Hingga lonceng terdengar lagi
 
Semua pun bersorak dengan riang
Senang, riang, masa depan 'kan datang 
Capai ilmu setinggi awan
 
Hingga
 nanti aku t'lah dewasa 
Dunia kan tersenyum bahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah