Monday, October 29, 2012

Soalan Objektif 1249/1

Assalamualaikum semua.

Kepada calon SPM 2012, dah penat ke membuat ulangkaji? Rehat seketika.  Tarik nafas, hembus nafas... biarkan oksigen mengalir ke otak dengan tenang...dan memberi tenaga baru.


Mari, mari kita uji ingatan dengan soalan yang mudah ini...



1         Dalam tamadun  awal manusia raja mendakwa dirinya 
           sebagai wakil Tuhan.
           Mengapa?
      
A    Mendapat pengiktirafan
B    Mengukuhkan kedudukan
C    Melicinkan pentadbiran
D    Menguasai ekonomi

2      Apakah bukti kewujudan hubungan perdagangan antara 
        kawasan petempatan awal di Asia Tenggara?

A    Tembikar mengisi air
B    Manik-manik hiasan
C    Seni arca Amarawati
D    Gendang gangsa Dongsong 




3      Dialog berikut berlaku pada Zaman Jahiliah.

            Umar : Ali memenuhi semua syarat menjadi Syeikh
             Daud : Kalau begitu kita lantik beliau menjadi Syeikh

        Apakah syarat kelayakan tersebut ?

  I      Kaya
  II     Paling tua
  III   Pandai berpidato
  IV   Berfikiran matang

  A    I dan II 
        B    I dan IV
        C    II dan III
        D    III dan IV



4     Bagaimanakah Piagam Madinah menjamin keadilan sistem 
       ekonomi antara kaum?
     
       I    Mengenakan cukai jizyah
       II   Melarang pengambilan riba
       III Mencegah amalan penindasan
       IV Menyelaraskan sistem timbangan

      A   I dan II
      B   I dan IV
      C   II dan III
      D   III dan IV 

5    Mengapakah sebahagian pedagang Islam dilantik menjadi 
      Syahbandar di bandar pelabuhan Asia Tenggara?

      A  Jujur dan amanah

      B  Memiliki kekayaan
      C  Fasih berbahasa Melayu
      D  Cekap dalam pentadbiran

 6    Maklumat berikut merupakan gerakan pekerja yang berlaku di 
       Britain pada abad ke 19

                       Pergerakan Luddite
           
       Mengapakah peristiwa di atas berlaku?

A    Menuntut kenaikan gaji
B    Memelihara buruh wanita
C    Mewujudkan kesatuan sekerja
D    Mempertahan kaedah tradisional


7    Bagaimanakah sempadan sesebuah kerajaan Melayu tradisional 
      ditentukan?

       A    Keselamatan kepada rakyat
       B    Kesediaan rakyat membayar cukai
       C    Kerelaan rakyat melakukan kerahan
       D    Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah

 8   Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 
      sebagai persediaan kemerdekaan.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
      A  Merangka perlembagaan
      B  Mencadangkan tarikh pilihan raya
      C  Melantik pegawai pentadbiran baru
      D  Menganjurkan rundingan antara kaum


 9    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani 
       antara Raja-Raja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 
       1957


       A   Perluasan pengaruh komunis disekat
       B   Kerjasama pelbagai kaum membentuk kerajaan
       C   Kuasa pembesar tempatan dipulihkan semula
       D   British bersetuju memberi kemerdekaan

10  Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945 ) bermula di 
      Eropah?
      
     A   Rusia memasuki Berlin
     B   Jerman menyerang Poland
     C   Itali menceroboh Perancis
     D   Austria mengancam Serbia



Selamat menduga ingatan...jika lupa buka nota semula, tanya kawan atau tanya cikgu.

Usaha tangga kejayaan

Tekun, tabah, doa dan tawakal



Jom semak Jawapan:
1  B
2  D
3  D
4  C
5  A
6  D
7  D
8  A
9  D
10  B








Saturday, October 27, 2012

Seni Bina

Seni bina dalam tamadun awal

  • Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan negara.

  • Pemimpin yang berwibawa dan kuat dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri serta menyakini usaha mereka untuk mencapai kejayaan.
Kepada calon-calon SPM 2012, bolehkah kalian membezakan dua seni bina ini?

  1. Pantheon
  2. Parthenon
Jom kita lihat perbezaannya


Pantheon

Pantheon adalah sebuah bangunan yang dibina sebagai kuil berbentuk bulat (kubah) di pusat kota Rom.  Pembangunan kuil ini diselesaikan pada masa pemerintahan Maharaja Hadrian (117-138 M). Hadrian membangun kuil ini untuk penyembahan terhadap dewa-dewa Rom. Nama Pantheon berasal dari bahasa Yunani yang berarti Rumah Semua Dewa. Kuil ini digunakan sebagai gereja dari tahun 609 sampai 1885 dan kemudian menjadi gereja dan tempat pemakaman bagi pahlawan nasional Itali. Tokoh-tokoh terkenal yang dimakamkan di sini adalah Raja Emmanuel I dan pelukis Renaissance, Raphael



Parthenon

Parthenon adalah kuil Yunani yang dibangun untuk dewi Athena
pelindung Athen pada abad ke-5 SM. Bangunan ini dibina pada 
zaman pemerintahan Pericles iaitu pada tahun 421-409 SM. 
Parthenon dianggap sebagai simbol Yunani Kuno dan demokrasi 
Athen, dan merupakan salah satu monumen budaya terbesar dunia.



Contoh Soalan

  •                          Rumah berhala untuk dewi Athena
  •         Dibina semasa zaman pemerintahan Pericles

1  Maklumat di atas merujuk kepada binaan

   A   Pantheon
   B   Acropolis
   C   Parthenon
   D   Colloseum


Selamat membuat ulangkaji.

Friday, October 26, 2012

Tenungan Kertas 1249/1

Jom kita belajar.




Kertas 1249/1


Selamat membuat ulangkaji.


Tekun, tabah, doa dan tawakkal.

Selamat Aidil Adha 1433H


Saya mengambil kesempatan 
ini untuk mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433H 
kepada 
seluruh keluarga, 
sanak saudara, 
rakan taulan, 
jiran tetangga 
dan seluruh umat Islam 
walau di mana kalian berada. 

Kepada ahli keluarga dan sahabat  taulan 
yang dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini
saya mengucapkan selamat menjalani ibadah Haji 
semoga mendapat 
Haji Mabrur 
dan 
selamat pergi dan selamat kembali.



Kepada yang melakukan ibadah korban, 
 semoga   ibadat yang kita lakukan 
itu mendapat keberkatanNya.

amin.

Tuesday, October 23, 2012

Soalan Objektif


Dah nak tidur? Mengantuk sudah?  Cuppp...jangan tidur  lagi.  Jom kita cuba jawab lima lagi soalan objektif ini.



1        Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur 
          al-Manzum ke Sumatera- Pasai?

A       Untuk dibahaskan
B       Sebagai mas kahwin
C       Untuk diterjemahkan
D       Sebagai tanda persahabatan


Menentukan kemajuan perdagangan

X

Berurusan dengan pedagang



2        X dalam rajah di atas ialah jawatan dalam sistem pentadbiran 
          Kesultanan Melayu Melaka.
          Apakah jawatan tersebut?

          A       Temenggung                                
          B       Syahbandar                                  
  C       Laksamana
  D       Bendahara

3        Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494.
          Apakah kesan perjanjian tersebut?

A       Kemunculan negara baru
B       Keruntuhan institusi beraja
C       Pembayaran pampasan perang
D       Pembahagian kawasan pengaruh

4        Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di 
          Filipina?

          A       Hak mengundi
          B       Hak kebebasan bersuara
          C       Pengembalian kuasa raja
          D       Pemerintahan kerajaan sendiri



Piagam Atlantik 1945


5        Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB)    
          yang terkandung dalam piagam di atas?

          A       Dasar Liberalisasi
          B       Amalan realpilitik
          C       Dasar dekolonisasi
          D       Amalan monorki


Jawapan

1  C
2  B
3  D
4  B
5  C

Kuantiti yang sedikit tetapi jika kerap dilakukan dan diulang-ulang, akan menjadi kebiasaan dan boleh membawa impak yang besar.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Biar sedikit  yang penting ADA.


Semoga kejayaan menjadi milik kalian. 




Perang Dunia Kedua

Masih ada masa untuk memulakan langkah pertama.  Khusus untuk calon SPM 2012 SMKPantai WPLabuan yang masih 'suam-suam kuku' dalam membuat ulangkaji.  Sesungguhnya masih belum lewat untuk kamu memulakan langkah ke arah belajar dengan secara berfokus.  Fokus kepada tajuk-tajuk yang telah berikan oleh guru kamu. Di sini saya berikan soalan dan jawapan yang boleh kalian baca, salin dan baca. Buatlah proses ini secara berulang-ulang agar isinya 'melekat' dalam ingatan kalian . 

Tema 12: Bab 9: Tingkatan 5

Nyatakan sebab berlakunya Perang Dunia Kedua

F1

F2
F3

F4

F5
F6

F7

F8

Jerman dan Itali tidak puashati dengan syarat Perjanjian Versailles.
Jerman dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara.
Kemunculan kerajaan totalitarian di Jerman dan Itali telah melanggar perjanjian Versailles.
Itali dan Jerman menyerang Negara-negara sekitar Eropah.
Keadaan ekonomi yang meleset dan pengangguran tinggi.
Menyebabkan rakyat sokong  dasar perluasan kuasa Itali dan Jerman.
Kebangkitan tentera Jepun serta dasar perluasan kuasa mereka ditentang oleh British, Belanda dan Amerika
Serangan Jerman  dan USSR ke atas Poland menyebabkan Britian dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman


Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua ke atas masyarakat antarabangsa

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9

F10
Amerika dan Rusia muncul sebagai kuasa besar di dunia.
Perang Dingin antara USA dan Rusia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan .
Berlakunya kebijajahan dunia
muncul negara-negara berdaulat.
17 juta tentera dan 13 juta awam terkorban dalam perang.
Bom Atom mula mengancam keamanan dunia.
Kos peperangan dianggarakn sebanyak US 500 billon.
Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur.
Runtuhnya sistem imperialisme Barat
           
           
           
Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Jerman

F1
F2
F3 
Kehilangan tanah jajahan
Pampasan perang yang tinggi
Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya

Jika bukan sekarang, bila lagi?

Monday, October 22, 2012

Soalan Objektif



Belum mengantuk lagi? Rasa bosan dan tak tahu nak buat apa?
Haaa, apa kata, anda cuba jawab soalan objektif di bawah.

Mungkin selepas ini, anda rasa mengantuk dan boleh tidur..

Tajam Minda


1        Mengapakah sistem penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti 
          Tang di China?

A       Meminimumkan kos
B       Mengekalkan kesuburan tanah
C       Mengurangkan tenaga kerja
D       Menjimatkan masa

2        Apakah kepentingan kandungan karya The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?

          A       Menerangkan sistem pemerintahan
          B       Mengatur strategi perniagaan
          C       Menentukan bentuk hubungan luar
          D       Membantu pelaksanaan peperiksaan awam

3        Apakah kesan pembinaan system pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman 1?

          A       Penempatan kekal lebih banyak
          B       Keperluan beras negara dipenuhi
          C       Sistem pertanian pindah berkembang
          D       Pergantungan pada hasil hutan berkurangan

4        Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

          A       Mewujudkan semangat assabiah
          B       Memulaukan persaingan kuasa
C       Memantapkan sistem pentadbiran
D       Memperkukuh perpaduan antara suku

5        Apakah kriteria penganugerahan jawatan syahbandar kepada seorang pedagang 
          I Islam di sesebuah pelabuhan di Asia Tenggara?

A       Mentaati pemerintah
B       Mahir berniaga
C       Bersifat jujur
D      Cekap mentadbir


Selamat belajar..







Jawapan : 
1    B
2    B
3    B
4    A
5    C



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah