Saturday, May 14, 2011

Persediaan Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun..sr 2

Asssalamualaikum / Selamat Pagi/ Salam sejahtera semua... Semoga anda bahagia hari ini.


Kepada semua pelajar SMK Pantai, gunakanlah cuti hujung minggu ini dengan sepenuhnya dengan membuat ulangkaji sebagai persediaan untuk menghadapi kertas-kertas peperiksaan yang akan diduduki sepanjang 'demam' peperiksaan mid-term ini.


Gambar hiasan 
Bagi mata pelajaran sejarah tingkatan 4 dan 5, format kertas bagi peperiksaan pertengahan tahun adalah mengikut format kertas sejarah SPM (1249/1 dan 1249/2 ).  Kepada mereka yang belum tahu atau tidak ingat lagi format kertas ini, anda boleh rujuk di sini.  




Pentaksiran Sejarah SPM  menggunakan dua instrumen:

                          i.            Kertas 1 (1249/1) – Kertas 1 berbentuk ujian objektif
                        ii.            Kertas 2 (1249/2) – Kertas 2 berbentuk ujian subjektif

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN
SEJARAH PERINGKAT SPM (MULAI 2004)

Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
1
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
2
Jenis Item
Objektif
Bahagian A
Struktur
Bahagian B
Esei
3
Bilangan Soalan
40 soalan (Jawab semua)
Bahagian A
4 soalan (Jawab Semua)

Bahagian B
5 Soalan (pilih 3)
4
Jumlah markah
40
100
5
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
6
Wajaran
40%
100%
7
Cakupan Konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran
dari Tingkatan 4 hingga Tingkaran 5
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari Tingkartan 4 hingga Tingkatan 5
8
Aras kesukaran
Rendah - R
Sederhana - S
Tingggi - T
R : S : T = 5 : 3 : 2
R : S : T = 5: 3 : 2
Keseluruhan
R : S : T = 5 : 3 : 2








Semoga post ini dapat membantu meningkatkan keyakinan anda untuk meneruskan kecemerlangan dalam mata pelajaran ini.


Selamat membuat ulangkaji..

Thursday, May 12, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua murid di SMK Pantai khususnya, dan seluruh murid di seluruh Malaysia amnya.  Sepanjang tiga minggu terakhir ini memang minggu peperiksaan khasnya yang berada di bangku sekolah. 


Hadapilah peperiksaan ini dengan serius dan bersungguh-sungguh.  Inilah medan yang paling relevan untuk anda menguji kefahaman terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari selama ini.  


Kesungguhan yang berterusan akan menghasilkan kejayaan. Kejayaan akan membawa kepuasan.  Kepuasan ini akan membawa kepada kegembiraan dan akhirnya akan menghasilkan kebahagian.  Kunci utama sebelum mengecap kejayaan itu ialah usaha yang berterusan dalam membuat latihan, mengemaskini nota, bertanyakan guru dan tidak ketinggalan berdoa kepadaNya.


Ketahuilah








Monday, May 9, 2011

Persediaan Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun..sr1

Saatnya datang lagi...


Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua murid SMK Pantai.  Berusahalah bersungguh-sungguh demi kecemerlangan masa depan kalian.


Sebagai persediaan menduduki peperiksaan ini, di sini saya kongsikan beberapa amalan yang telah diolah daripada tulisan di akhbar dan tulisan dari beberapa blog sebagai panduan bersama...bacalah...

Persediaan menghadapi ujian/peperiksaan:

  1. Ulangkaji Berterusan

  • Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

      2.  Jadual waktu
  • Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan tubi yang berterusan perlu dibuat terlebih dulu terhadap kertas peperiksaan yang terakhir diduduki . Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Rasional : Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

      3. Tentukan keutamaan

  • Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Rasional: Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
      
     4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

  • Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran, fokus dan tidak putus asa.


Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan cara itu dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
Selamat Berjaya

Sunday, May 1, 2011

Hari Pekerja - Mengapa Kita Menyambut Hari Pekerja?

    


Selamat menyambut hari pekerja kepada semua yang berkenaan termasuklah para suri rumahtangga.
     Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah diraikan pada 1 Mei. Sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, sebagai peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
    Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk menganjurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21 April. Pada mulanya, pekerja Australia itu menganjurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
     Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat. 
     Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1 Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. 
     Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1 Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.  
     Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.     
     Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu

     Gunakanlah hari cuti ini sebaik mungkin.   Inilah kesempatan yang paling baik untuk merapatkan hubungan dalam keluarga dan saudara mara.  Adalah diharapkan masa senggang ini tidak digunakan untuk membuat sesuatu yang merosakkan akal fikiran dan akidah sekaligus merugikan agama, bangsa dan negara.  



Saturday, April 23, 2011

Modul Cemerlang Tingkatan 5

Kepada semua pelajar tingkatan lima, sila buat latihan ini.



Latihan bab 5 Tingkatan 5 -


Membuat latihan secara berterusan akan menghasilkan kefahaman. Kefahaman akan menghasilkan kecemerlangan. Kecemerlangan membawa kebahagiaan. perkara yang paling penting ialah jangan mudah putus asa.

Modul Cemerlang Sejarah Tingkatan 4

Kembali lagi...

Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4, di sini saya uploadkan latihan sejarah Tema 7 - Bab 4 iaitu Kemunculan Tamadun Islam  dan Perkembangannya di Makkah.  Sila cetak dan buat latihan untuk soalan 6 dan esei.  Soalan 1-5 sudah diedarkan kepada semua pelajar yang berkaitan. Jika masih belum ada, sila cetak keseluruhan modul ini.  Pastikan juga semua soalan diselesaikan. Jangan segan untuk berjumpa saya jika masih ragu-ragu tentang jawapan yang dikehendaki.



Latihan Bab 4 Tingkatan 4 -

Berikan tumpuan semasa membuat latihan. Jangan hilang fokus.

Sunday, April 3, 2011

Modul Cemerlang Tingkatan 4 - Bab 3

Modul ini disusun bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari. Kepada semua murid tingkatan empat diminta membuat latihan ini.

Murid-murid tingkatan lima juga digalakkan menjadikan modul ini sebagai medium untuk memantapkan pemahaman dan meningkatkan ingatan terhadap tajuk ini.


Latihan Bab 3 Tingkatan 4 -

Selamat membuat ulangkaji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah