Tuesday, May 4, 2010

Motivasi Menjelang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

  • "Sedikit pencapaian itu lebih baik daripada tiada pencapaian langsung"
  • "Something is better than nothing"
  • "If you can't see it, you can't have it".
  1. Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.
  2. Sebelum kamu mampu mendapat gred A+ atau A untuk subjek Sejarah SPM, A+ @ A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, kamu tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.
  3. Gambaran kamu berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Kamu tidak akan menghasilkan sesuatu yang kamu tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah A+ atau A dan kamu pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.
  4. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan kamu untuk merealisasikannya. Cubalah..

Saturday, May 1, 2010

Minggu Ulangkaji

Buat pelajar SMK Pantai, di sini cikgu paparkan beberapa tips yang boleh diaplikasikan dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2010 .. Semoga kalian berjaya mencapai kecemerlangan khusus dalam subjek Sejarah:
1. Rancang Persiapan Peperiksaan

  • Dapatkan restu ibu bapa dan guru
  • Beberapa minggu sebelum peperiksaan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan walau di mana kamu berada - di sekolah, rumah, manfaatkan masa dengan membaca nota ringkas.
  • Jaga kesihatan diri dan tidur yang dengan secukupnya kamu supaya sentiasa sihat, segar dan fokus ketika mengulangkaji dan menduduki peperiksaan.

  • Lupakan dulu perkara-perkara lain yang kamu minat...games, FB, etc

  • Tenang dan percayakan diri sendiri...kamu boleh lakukan yang terbaik..
2. Banyakkan buat latihan sambil mengulangkaji

  • Teruskan membuat latihan yang cikgu berikan atau jawab soalan model peperiksaan dan cuba jawab soalan-soalan peperiksaan sebenar. Semak jawapan dan kukuhkan penguasaan kamu dengan membuat semakan dari buku teks terutama pada bahagian soalan yang gagal dijawab. Tindakan ini akan membiasakan kamu dengan soalan standard, di samping memanjangkan hayat ingatan kamu...(do it over and over and over again..)

3. Ulangkaji semua

  • Jangan sekali-kali belajar tajuk atau sub-tajuk yang anda sukai sebaliknya merangkumi semua bab (yang telah dipelajari). Semua bab adalah keutamaan kamu.

Lagi beberapa tips akan menyusul kemudian...tunggu!!!

HARI PEKERJA

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua insan yang menyambutnya. Bersama-samalah menghayati tema tahun ini yang berbunyi "Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi". Agak berbelit juga lidah nak menyebut frasa ini...semoga para pekerja di luar sana tidak terbelit minda untuk memahami dan menjadikannya satu realiti..

Sunday, February 21, 2010

....emmm...

Agak lama juga tak buat posting dalam blog ni... Rasa macam sibuk sangat... macam tak cukup masa je nak fikir dan tulis sesuatu. Tapi jika difikir-fikirkan semula tak juga sesibuk mana...cuma rasa malas nak fikir isu yang nak diutarakan... berlaku kemandulan idea...

Tuesday, February 2, 2010

Bulan Baru

Pejam, celik, pejam, celik, dah berlalu satu bulan pada tahun 2010 ni. Sepanjang 30 puluh hari pertama tahun ini banyak perkara yang berlaku terutama dalam menempuh alam kerjaya ini... Ada rasa suka, duka, kelat, masam, payau, masin..boleh kata semua perasa ada. Kadang-kadang rasa macam nak jerit pada dunia nak bagitau apa yang sebenar-benarnya yang berlaku. Tapi macam rasa tersekat di kerongkong pula... Apabila kita fikir perkara itu remeh, tapi bagi orang lain perkara itu besar; Apabila kita fikir perkara itu penting, tapi orang lain fikir perkara itu remeh; Krisis pemikiran ini boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan rakan sejawat.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Datang Tahun Baru 2010. Apa azam tahun baru? Dah tercapai ke azam tahun lalu? Emmm...klise...Tak perlu tunggu tahun baru jika nak berubah. Sepatutnya setiap hari perlu buat perubahan diri ke arah lebih baik. Buat apa yang dituntut... tinggalkan apa yang dilarang... Tentu hidup lebih bahagiakan.

Friday, December 25, 2009

Akhirnya kini Pasti..

Penantian selama hampir tujuh minggu telah berakhir ...Teka teki yang bermain di minda selama ini telah ada jawapannya...Siapa yang lulus?, siapa yang gagal?, berapa peratus lulus?, berapa peratus gagal?, siapa terbaik?, siapa paling lemah?...telah terjawab... Akhirnya kini pasti...keputusan PMR 2009 seluruh negara meningkat...sebaliknya SMK. Pantai merosot sedikit... namun bilangan straight A bertambah... Jadi apa pula selepas ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah