Friday, December 25, 2009

Akhirnya kini Pasti..

Penantian selama hampir tujuh minggu telah berakhir ...Teka teki yang bermain di minda selama ini telah ada jawapannya...Siapa yang lulus?, siapa yang gagal?, berapa peratus lulus?, berapa peratus gagal?, siapa terbaik?, siapa paling lemah?...telah terjawab... Akhirnya kini pasti...keputusan PMR 2009 seluruh negara meningkat...sebaliknya SMK. Pantai merosot sedikit... namun bilangan straight A bertambah... Jadi apa pula selepas ini?

Wednesday, December 2, 2009

Wabak...wabak...wabak..

Tinggal sebulan lagi sebelum melangkah ke tahun baru 2010. Pelbagai peristiwa yang telah dilalui sepanjang 2009. Pelbagai perayaan dan sambutan yang telah dilakukan. Pelbagai wabak dan bencana yang telah berlaku...Semalam 1 Disember... adalah hari yang telah diisytiharkan sebahai Hari AIDS Sedunia dan 1 Disember 2009 merupakan sambutan Hari HIV/AIDS Sedunia yang ke-21. Sambutan ini telah dimulakan sejak tahun 1988 lagi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap HIV dan AIDS. HIV/AIDS??...mungkin masyarakat di Malaysia hampir terlupa akan wabak ini kerana sepanjang tahun ini rakyat Malaysia sangat 'digemparkan' dengan wabak Influenza A H1N1.. AIDS atau disebut sebagai Sindron Kurang Daya Tahan Penyakit adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV yang menyebabkan kegagalan sistem tubuh untuk melawan penyakit kerana kuman HIV telah memusnahkan sel yang bertanggungjawab melawan penyakit disebabkan oleh kuman, bakteria, virus dan lain-lain. Persoalannya...setelah 21 tahun kempen ini berjalan...sudah sedarkah manusia sejagat tentang punca penularan wabak ini dan sedarkah mereka terhadap tanggungjawab untuk bersama-samanya mencegah dan mengawal diri, keluarga dan masyarakat daripada terjebak dan terjerumus dengan gejala serta perkara-perkara mungkar yang mengundang kepada penyakit AIDS? Jika dahulu, di Malaysia punca utama penularan virus HIV adalah melalui masalah penagihan dadah dan perkongsian jarum suntikan, tetapi tred itu telah berubah pada hari ini..lihat laporan Berita Harian... Statistik HIV dan AIDS di dunia agak menggerunkan; mengikut kajian UNAIDS, 33.4 juta orang yang hidup dan dijangkiti HIV di dunia ini, and 2.7 juta kes baru didiagnos pada tahun 2008. Sejak bermulanya jangkitan HIV sehingga kini, kira-kira 25 juta orang telah meninggal dunia akibat jangkitan ini. Bayangkan ketika ini, purata sehari tiga pesakit AIDS meninggal dunia dan 19 orang menjadi pembawa HIV positif. Melihat senario di Asia, menjelang tahun 2010 diramalkan akan muncul 10 juta pesakit AIDS dengan mencatatkan kematian sebanyak 750,000 setahun. Belanja yang perlu disediakan untuk menghadapi bencana ini dianggarkan melebihi RM66.5 bilion. Sebagai individu yang kerdil..mampukah kita menghalang gelombang wabak ini? Jawapannya BOLEH jika kita jadikan langkah berikut sebagai amalan hidup:
  1. Dididiklah diri kita, anak-anak dan keluarga kita dengan didikan agama yang sempurna. Tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa mereka disamping sentiasa mengawasi dan memastikan mereka tidak mengabaikan kewajiban ibadah kepada Allah s.w.t.
  2. Jauhi diri kita, anak-anak dan keluarga daripada sebarang bentuk hiburan yang melalaikan.
  3. Jangan biarkan diri kita, anak-anak dan keluarga kita bergaul bebas sesama lelaki dan perempuan yang boleh mendekatkan kepada zina.
Utamakan kesihatan dan amalkan cara hidup SIHAT. Untuk bacaan lanjut boleh baca AIDS Epidemic Update 2009

Tuesday, November 24, 2009

Banjir Datang Lagi.

  • 'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul' itulah yang dapat diungkapkan apabila mendengar dan melihat musibah bencana alam - banjir - yang melanda rakan-rakan negara di wilayah pantai timur. Hanya rasa simpati yang dapat diberikan. Kesukaran yang dihadapi oleh oleh lapisan masyarakat di sana memang sukar untuk digambarkan.
  • Dari sehari ke sehari dilaporkan banjir semakin buruk, lebih banyak pusat pemindahan dibuka dan lebih ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir... Situasi ini memang ujian besar buat semua calon SPM dan STPM di negeri-negeri tersebut... Kala rakan di negeri lain sedang selesa membuat ulangkaji, anda di sana mungkin berada dalam kesukaran bukan saja untuk membuat ulangkaji malah sentiasa bimbang pusat peperiksaan akan dinaiki air dan di mana pula akan dipindahkan. Memang satu ujian yang getir untuk dihadapi. Hanya ungkapan 'sabarlah' yang dapat diberikan.

Friday, November 20, 2009

Hari Terakhir Persekolahan...

  • Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Persoalannya, adakah sudah berakhir semua tugasan serentak dengan berakhirnya sesi persekolahan? Adakah jawapannya 'ya' atau 'tidak'? Inilah dilema atau cabaran yang dihadapi oleh seorang yang bergelar guru.
Selalunya, pada pandangan masyarakat, kerjaya guru yang paling beruntung kerana banyak cuti... dan cuti pula panjang terutamanya cuti hujung tahun? Malah ada segelintir masyarakat yang sewenang-wenangnya melabelkan 'cikgu makan gaji buta' untuk cuti hujung tahun yang menjangkau 6 minggu lamanya!!! Adakah pandangan dan dakwaan ini benar? Usah cakap banyak...jawapannya...hanya jauhari yang mengenal manikam!!!
  • Beban tugas dan tanggungjawab seseorang guru itu tiada noktahnya walaupun pada pada musim cuti... Tak percaya?

Tuesday, November 17, 2009

Masa yang ditunggu telah tiba...

Esok, 18 Nov 2009 merupakan tarikh keramat untuk untuk semua calon SPM dan STPM seluruh negara...Selamat menduduki SPM khususnya kepada semua pelajar SMK. Pantai dan semua calon SPM seluruh negara. Semoga anda menjadi aset yang sangat diperlukan negara demi mencapai tahap negara maju bukan menjadi liabiliti yang menyumbang kepada kerosakan tamadun bangsa...

Sunday, November 15, 2009

Catatan dari cetusan minda Zeta

Semakin meniti ke penghujung tahun persekolahan 2009, semakin banyak perkara yang perlu dilaksanakan dan dibereskan. Minggu lepas adalah minggu yang sesak dengan pelbagai aktiviti peringkat sekolah dan jabatan...Sabtu 7 Nov..diisi dengan 2 program utama, MAG 09 peringkat JPWPL dan MAKP 09 peringkat sekolah... bertindan 2 program.. nak buat macam mana.. walaupun telah lama rancangan dibuat...namun sudahnya bertindih juga antara program sekolah dengan program jabatan.
Hari Ahad, 8 Nov hingga Selasa, 10 Nov... lawatan penandaarasan untuk sekolah Kluster fasa 4 2010 ke KK High School di Kota Kinabalu... . Objektif lawatan ini ialah untuk melihat dan belajar tip / rahsia dan formula yang diamalkan warga sekolah from top to bottom sehingga mereka berjaya dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan dengan kebitaraaan bidang kebudayaan, basket ball dan matematik. Pada pandangan luaran dari segi prasarana dan saiz sekolah - whoaaaa..impressed.. kawasan luas...dewan besar... gelanggang basket ball...whoaa...kemudahan ICT..whoaaa..Disiplin pelajar ok...'datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan'. Hari Selasa, 10 Nov hingga Khamis 12 November 2009, di sekolah diadakan sukan tara untuk kejohanan sukan sekolah. Walaupun tidak ada pengetua dan barisan penolong kanan di sekolah, para guru telah berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya.. Tahniah... Pada hari Selasa juga telah diadakan Teknik Menjawab Sejarah untuk pelajar program Kristal...sentuhan personal dari Guru Berpengalaman mengajar Sejarah iaitu Pn. Siti Musliha, pengetua SM. Teknik Labuan... Hari Jumaat 13 November 2009.. 2 program yang dikelolakan oleh SMKP... Kejohanan Sukan Sekolah yang bertempat di Kolej Matrikulasai Labuan dan Majlis Cetusan Kasih Pengarah Pelajaran bersama Pelajar Cemerlang SPM Labuan bertempat di Dewan Gemilang, SMK. Pantai. Guru diagihkan kepada dua aktivti...memang satu cabaran... Walaupun kejohanan sukan kali ini dijalankan dalam keadaan yang penuh sederhana, namun semangat kesukanan dalam kalangan pelajar masih tinggi...mereka nampaknya masih berusaha untuk melakar kemenangan bagi rumah masing-masing. Jumaat malam, hampir 80% warga SMK Pantai bersama keluarga berkumpul di Grand Dorsertt bagi menjayakan Majlis Makan Malam SMKP yang dianjurkan oleh Kelab Staf. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Pelajaran WPLabuan. Sabtu...14 November 2009...lokasi Bilik Mesyuarat SMK. Pantai...Bengkel Pengurusan Stategik..dimulakan dengan taklimat Pengurusan Strategik - disampaikan oleh Tuan Pengetua...guru diagihkan kepada enam kumpulan...setiap kumpulan perlu membina pelan strategik mengikut bidang masing-masing..bengkel ini akan disambung pada hari Isnin 16 Nov 2009 dan hasil bengkel akan dibentangkan pada hari Selasa 17 Nov. Sesungguhnya, apa yang dicoretkan di sini adalah sumbangan kecil kami, warga guru untuk melahirkan modal insan yang akan menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Ungkapan keramat biasakan yang betul, betulkan yang biasa sentiasa aku bisikkan ke jiwa (soul) ini agar hasil kerja, pemikiran dan tindakan aku berada pada landasan yang sepatutnya ia berada.

Saturday, November 14, 2009

Bengkel Pengurusan Strategik

Pengetua memberi taklimat tentang Pengurusan Strategik sebagai persediaan menerima status sekolah kluster fasa 4 2010 sekali gus menjana kecemerlangan sekolah secara menyeluruh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah