Friday, December 3, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Harapan: semoga roh 1432H dapat memberi perubahan yang positif  khususnya untuk diri ini walaupun sedikit. Lebih kuat, lebih sihat dan sentiasa berfikiran positif. Insyaallah.


Sunday, November 14, 2010

Salam Aidil Adha



17 November 2010. Salam Aidiladha kepada semua sanak saudara, rakan taulan sama ada yang dekat atau yang jauh... Semoga kita mendapat keberkatan hidup dan keampunan daripadaNya. Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Memandu-Pandai + Kemahiran

Memandu kereta. Ramai yang tahu memandu.  Malah budak bawah umur pun tahu memandu kereta. Ramai yang mahu memandu. Budak bawah umurpun mahu memandu kereta walaupun belum ada lesen.

Pada alaf ini, memandu kereta adalah sesuatu yang sangat biasa kepada semua orang. Tanpa mengira gender - lelaki atau perempuan. Tanpa mengira usia - muda atau tua. Di jalan kampung, di jalan raya malah di lebuh raya...pemandu terdiri daripada pelbagai usia, keturunan, bangsa dan agama.  Semua tahu memandu.

Tahu memandu sahaja adakah memadai?

Haaaa, pemandu yang hanya tahu memandu tetapi tidak mengaplikasikan pengetahuan pemanduan dan tidak mahir memandu atau mengendalikan kereta inilah yang paling ramai berada di jalan raya.  Golongan inilah yang paling banyak menimbulkan masalah kepada pemandu lain dan akibat daripada kecuaian mereka boleh mengundang kemalangan yang maha dasyat sekaligus meragut banyak nyawa.

Situasi yang paling menyesakkan minda dan perasaan ialah apabila berdepan dengan pemandu yang hanya tahu memandu tetapi tidak menggunakan pengetahuan memandu semasa berada di jalan raya.

Rasanya ramai yang mengalami situasi seperti ini:
  • memandu perlahan di lane laju (kanan)...tidak alert walaupun telah diberikan lampu tinggi...masih selamba dengan kelajuan 50kmj...
  • keluar simpang tidak memberi signal ke kanan atau ke kiri..terus keluar..
  • membrek kereta sebelum memberi signal sama ada untuk keluar simpang atau masuk ke simpang
  • menekan minyak (melincur laju) walaupun lampu trafik telah kuning sehingga menggangu kenderaan dari arah lain
  • tidak memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan semasa di bulatan
  • memandu terlalu perlahan - 30kmj di jalan raya yang satu lane walaupun bukan di hadapan sekolah atau hospital
  • memberi signal apabila berada di muka simpang...adakah patut?
Semua situasi di atas menambahkan lagi sakit kepala kepada pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya..sekaligus menambahkan lagi stres.

Harapan saya kepada semua pemandu khususnya di wilayah ini,
  1. tambahkan pengetahuan tentang pemanduan,
  2. patuhilah peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
  3. tambahkan kepekaan terhadap pemandu lain
  4. pandulah secara berhemah dan bertimbangrasa
  5. dan yang paling penting...tingkatkan kemahiran memandu
Permanduan berhemah mengurangkan stres.

Tuesday, November 2, 2010

Menghitung hari

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apa ‘kan ada
Jalan cerita,
kisah yang panjang,
menghitung hari.


Ramai yang sedang menghitung hari...atas pelbagai alasan:
  1. Calon SPM menghitung hari menjelang peperiksaan
  2. Pelajar yang lain menghitung hari untuk cuti sekolah
  3. Individu yang lain mungkin sedang menghitung hari untuk bercuti
  4. Ada juga yang sedang menghitung hari untuk mengetahui status permohonan e-tukar
  5. ....weekend yang panjang sempena Deepavali (5-7 Nov)...tapi WP Labuan tak cuti...huhuhu
Hitunglah walau apapun agendanya...yang penting anda bahagia dan bersedia dengan sebarang kemungkinan...

Tuesday, October 19, 2010

Latih Tubi/Pecutan Akhir

34 hari. Cuma 34 hari sahaja lagi menjelang SPM. Kehangatan dan bahang SPM terasa di sana sini.  Masing-masing - guru, dan murid  sibuk mengisi masa yang tersisa ini dengan pelbagai latih tubi yang juga disebut dengan pelbagai nama lain seperi pecutan akhir, tudingan dan yang paling common ialah soalan ramalan. Walau apapun namanya, buatlah sebanyak mana latihan selagi kamu terdaya. Para ibu bapa juga sibuk menghantar dan mengambil anak pergi kelas tambahan, kelas tusyen, kelas bimbingan dan sebagainya.


Kepada calon SPM SMK Pantai, khususnya dan seluruh negara amnya, di laman ini, saya turunkan beberapa rangkaian soalan esei Sejarah SPM tingkatan 4.  Jadikanlah bahan ini sebagai panduan semasa membuat ulangkaji kertas sejarah 1249.

Esei Sejarah Tingkatan 4


Banyakkanlah membaca dan membuat latihan supaya kamu dapat menguasai isi pelajaran seterusnya dapat memberi jawapan yang tepat dalam peperiksaan nanti.  Hanya usaha yang berterusan sahaja akan menjamin kejayaan.  Jangan lupa membaca.

Friday, October 8, 2010

Isu Disiplin - Fesyen Rambut Pelajar

Masalah disipilin pelajar satu perkara yang sering mendapat tempat di media masa. Impak masalah ini tertampar di muka para guru.  Tindakan disiplin yang dikenakan kepada pelajar tertakluk kepada akta pendidikan.

Cuba renung, fikir dan cambahkan fikiran lewat foto di bawah.  Pelenturan disiplin seperti ini kepada siapa jari perlu ditudingkan?


Fesyen Rambut # 1

Fesyen rambut # 2

Fesyen Rambut # 3 
 
Fesyen Rambut # 4


Fesyen Rambut # 5


Tidak perlu 1001 perkataan untuk menerangkan sebab & punca kejadiaan, lihat dan fikirkanlah pelanggaran disiplin ini berlaku.

Bagaimanakah peranan kita sebagai:
  • ibu
  • bapa
  • penjaga
  • ahli keluarga
  • ahli masyarakat
  • jiran
  • ketua kampung
  • PIBG
  • media
  • ....dan guru!

Monday, October 4, 2010

Sejenak...mari fikirkan...

Demam peperiksaan...itulah yang boleh dikatakan untuk sepanjang tempoh dua bulan ini.  Bermula esok, calon-calon PMR seluruh negara akan 'masuk gelanggang' untuk menguji segala ilmu dan kemahiran yang ada yang telah dipelajari selama hampir sembilan tahun di alam persekolahan.


Pelbagai perasaan bersarang di minda. Berdebar, panik, dan 101 macam perasaan lagi.  Perasaan ini bukan sahaja dialami oleh para calon PMR tersebut malah pihak guru dan ibu bapa juga mengalami perasaan yang sama.


Selain kemahiran kognitif, akademik, pada masa inilah kemahiran emosi amat berperanan.  Bagi mereka yang bijak mengawal emosi, perasaan panik akan mudah diatasi.  Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai emosi kurang stabil akan menghadapi tekanan dan kemurungan yang berlanjutan.  Pelajar yang pandai dan bijak selalunya akan berjaya namun pelajar yang pandai  tetapi tidak bijak akan menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan tekanan.


Apapun, semua tekanan emosi, perasaan takut, panik akan dapat diatasi jika persiapan telah dibuat dengan cukup rapi.


Kejayaan boleh digenggam jika ramuan ini ada dicampurkan bersama doa. Ramuan itu terdiri daripada:








Semua bahan ini perlulah diadun dan dicanai dengan baik dan penuh cermat. Selepas itu dihisai pula dengan doa dan tawakal.  Insyaalah kejayaan itu pasti menjadi milik kita.


Kepada semua calon PMR SMKP, selamat menduduki peperiksaan PMR. Buatlah yang terbaik. Cg juga mendoakan yang terbaik buat kalian.  Doa dan restu ini juga ditujukan kepada semua calon PMR seluruh negara.  Andalah modal insan dan aset yang sangat bermakna buat negara dalam menjayakan Misi Nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah