Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera,



Hari ini merupakan hari terakhir mengikut kalendar Islam.  29 Zulhijjah 1433H.  Dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun ini dan akan berdepan dengan segala macam  agenda dan cabaran tahun 1434H.

Nampak sahaja logo ini, teringat sambutan Maal Hijrah,
dan teringat juga pada lagu tema Maal Hijrah.
Lirik lagu tema ada disertakan di bahagian bawah 

Justeru itu, dalam kita menghitung detik itu, marilah kita hitungkan juga segala amal kebajikan yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Di samping itu hitungkan juga segala keburukan dan kekurangan dalam perbuatan, perkataan dan amalan yang telah kita buat. 


"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Begitulah bunyi tema sambutan Maal Hijrah tahun ini.


Bagaimanakah kalian menyambut tahun baru hijrah ini? 


Marilah kita hayati lirik lagu ini untuk kita memahami dan menjiwai erti penghijrahan itu.


Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman


Semoga segala usaha perjuangan kita diberkati Allah.


Tuesday, November 13, 2012

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

Selamat Hari Deepavali 2012  

kepada semua rakan dan kenalan 
yang meraikannya

yang disambut pada hari ini 
- 13 November 2012 - 
Selasa 
Semoga kehadiran Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua.

Monday, November 12, 2012

Selamat Bercuti







Selamat bercuti.  Selamat balik kampung.
Gunakanlah masa cuti ini dengan penuh bermanfaat. Elakkan terlibat dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keselamatan diri, nama baik keluarga dan sekolah.

Thursday, November 1, 2012

Pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara



Tenungan Akhir 2012

SEJARAH SPM



BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengaruh Agama Hindu /Buddha Dalam Kerajaan Awal.

a) Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.

  1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
  2. Peranan pedagang atau Vaisya.
  3. Peranan Brahmin atau pendeta.
  4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.
  5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua (Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).
  6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.


b) Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.

  1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
  2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang – undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.
  3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.
  4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
  5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).


c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.

  1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
  2. Raja dianggap raja dewa.
  3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
  4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
  5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.



d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.

  1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
  2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
  3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
  4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu.
  5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
  6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
  7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.


e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.

  1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
  2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja.
  3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
  4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.
  5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
  6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
  7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
  8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

 f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.

  1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
  2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
  3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.


g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.

  1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
  2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
  3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.


h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.

  1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
  2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
  3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah