Sunday, November 14, 2010

Salam Aidil Adha



17 November 2010. Salam Aidiladha kepada semua sanak saudara, rakan taulan sama ada yang dekat atau yang jauh... Semoga kita mendapat keberkatan hidup dan keampunan daripadaNya. Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Memandu-Pandai + Kemahiran

Memandu kereta. Ramai yang tahu memandu.  Malah budak bawah umur pun tahu memandu kereta. Ramai yang mahu memandu. Budak bawah umurpun mahu memandu kereta walaupun belum ada lesen.

Pada alaf ini, memandu kereta adalah sesuatu yang sangat biasa kepada semua orang. Tanpa mengira gender - lelaki atau perempuan. Tanpa mengira usia - muda atau tua. Di jalan kampung, di jalan raya malah di lebuh raya...pemandu terdiri daripada pelbagai usia, keturunan, bangsa dan agama.  Semua tahu memandu.

Tahu memandu sahaja adakah memadai?

Haaaa, pemandu yang hanya tahu memandu tetapi tidak mengaplikasikan pengetahuan pemanduan dan tidak mahir memandu atau mengendalikan kereta inilah yang paling ramai berada di jalan raya.  Golongan inilah yang paling banyak menimbulkan masalah kepada pemandu lain dan akibat daripada kecuaian mereka boleh mengundang kemalangan yang maha dasyat sekaligus meragut banyak nyawa.

Situasi yang paling menyesakkan minda dan perasaan ialah apabila berdepan dengan pemandu yang hanya tahu memandu tetapi tidak menggunakan pengetahuan memandu semasa berada di jalan raya.

Rasanya ramai yang mengalami situasi seperti ini:
  • memandu perlahan di lane laju (kanan)...tidak alert walaupun telah diberikan lampu tinggi...masih selamba dengan kelajuan 50kmj...
  • keluar simpang tidak memberi signal ke kanan atau ke kiri..terus keluar..
  • membrek kereta sebelum memberi signal sama ada untuk keluar simpang atau masuk ke simpang
  • menekan minyak (melincur laju) walaupun lampu trafik telah kuning sehingga menggangu kenderaan dari arah lain
  • tidak memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan semasa di bulatan
  • memandu terlalu perlahan - 30kmj di jalan raya yang satu lane walaupun bukan di hadapan sekolah atau hospital
  • memberi signal apabila berada di muka simpang...adakah patut?
Semua situasi di atas menambahkan lagi sakit kepala kepada pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya..sekaligus menambahkan lagi stres.

Harapan saya kepada semua pemandu khususnya di wilayah ini,
  1. tambahkan pengetahuan tentang pemanduan,
  2. patuhilah peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
  3. tambahkan kepekaan terhadap pemandu lain
  4. pandulah secara berhemah dan bertimbangrasa
  5. dan yang paling penting...tingkatkan kemahiran memandu
Permanduan berhemah mengurangkan stres.

Tuesday, November 2, 2010

Menghitung hari

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apa ‘kan ada
Jalan cerita,
kisah yang panjang,
menghitung hari.


Ramai yang sedang menghitung hari...atas pelbagai alasan:
  1. Calon SPM menghitung hari menjelang peperiksaan
  2. Pelajar yang lain menghitung hari untuk cuti sekolah
  3. Individu yang lain mungkin sedang menghitung hari untuk bercuti
  4. Ada juga yang sedang menghitung hari untuk mengetahui status permohonan e-tukar
  5. ....weekend yang panjang sempena Deepavali (5-7 Nov)...tapi WP Labuan tak cuti...huhuhu
Hitunglah walau apapun agendanya...yang penting anda bahagia dan bersedia dengan sebarang kemungkinan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah