Thursday, September 24, 2009

Dah Raya...Siri 3 ...Balik Raya

Hari ni, 5 Syawal 1430H bersamaan 24 September 2009...setelah empat hari di kampung, kami berangkat pulang semula ke Labuan untuk meneruskan aktiviti seharian...

Sunday, September 20, 2009

Dah Raya ...Siri 2

Hari ini 1 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009...Selamat Hari Raya Aidil Firti... dititipkan buat semua sanak saudara, sahabat handai jiran dan taulan.. yang dekat atau yang jauh... Hari ini merupakan hari kemenangan setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran...hanya kesabaran yang dapat mengatasinya... Pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, pada pagi hari raya kami bersarapan bukan dengan hidangan 'hari raya'...tiada ketupat nasi, kuah kacang, rendang daging atau lemang... bukan tak mampu nak buat atau beli... tapi mengenangkan pada petang ini nak pulang ke kampung, kami buat keputusan untuk tidak menyediakan hidangan 'raya'... tapi bila dah sampai di kampung nanti kami akan 'tibai' abis masakan mak... Semoga perjalanan pergi dan balik kami direstui Allah...selamat sampai ke destinasi yang ditujui...amin

Dah Raya...Siri 1

Hari ini berakhir sudah bulan ramadan..Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan bersama-sama meraikan hari kemenangan setelah sebulan menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga, bahkan dari segala sifat dan perbuatan negatif... Esok...dapat juga beraya di kampung..di Beranang..walaupun pada perancangan awal, tahun ini kami akan menyambut aidilfitri di Labuan... namun semua itu berubah... Perubahan ini berlaku ekoran daripada peristiwa abah terlibat dalam kemalangan jalan raya...langgar lari..hit and run...kemalangan ini menyebabkan akan menerima 10 jahitan di bahagian buku lali...dan ditambah lagi mukanya bengkak dan lebam-lebam...bak kata along...seperti tumbuh 2 biji telur di muka abah...matanya tidak boleh dibuka..kesian abah..kepada pemandu yang telah melanggar dan membiarkan abah tersungkur di tepi jalan raya itu...insaflah dan kesallah dengan perbuatan tersebut...dalam bulan yang mulia ini bertaubatlah banyak-banyak kepada Allah..moga diampunkan dosa... Berbalik pada cerita raya tadi, selepas mendapat berita abah aksiden, saya dan suami berbincang untuk tukar plan beraya di kampungku di samping menjenguk keadaan abah.. syukur juga.. suami memahami keadaan ini... Tanpa melengahkan masa saya pun pergi ke agensi pelancongan untuk membeli tiket...malangnya semua tiket untuk 18, 19 dan pagi 20 September dah sold out...yang ada hanya pada sebelah petang 20 September (raya pertama)... apa nak buat, apapun yang penting dapat balik...

Thursday, September 17, 2009

Cuti Beraya....balik kampunnng...

Hari ni, 17 September 2009, bersamaan 27 Ramadan 1430H... pejam celik... pejam celik... dah 27 hari umat Islam berpuasa...tak terasa masa berlalu.. Hari juga merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti raya selama seminggu... Dalam keseronokan berada pada saat terakhir di sekolah sebelum bercuti...tup..tup muncul pula 3 orang Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti (JNJK) datang menjenguk untuk membuat pemeriksaan terhadap unit-unit di bawah HEM... suspen juga... Jam 9.00 pagi, taklimat pemeriksaan ketua Nazir bersama guru-guru yang incharge unit HEM yang hendak dipantau... fomaliti pemeriksaan... Alhamdulillah, tepat jam 12.10 tengah hari pemeriksaan dan sesi rumusan selesai... 12.40 t/hari.. masuk kelas... 2.00 petang...saat yang ditunggu...sekolah telah berakhir... Suasana hiba, sedih dan berbaur gembira amat terasa semasa rakan taulan menghulurkan tangan memohon maaf, berpeluk dan bercium sebelum berpisah.. Ada yang teruja untuk pulang menyambut raya di kampung halaman sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak...manakala rakan-rakan yang pulang tu...semacam je rasa... termasuklah aku.. tak confirm pulang lagi... belum beli air ticket... Plan asal memang nak sambut raya di sini, tetapi kita hanya merancang, segala-gala telah di atur oleh 'yang maha kuasa'... 2 hari lepas dapat berita abah kemalangan jalanraya... walaupun kecil... kakinya kena 10 jahitan juga...Hal inilah yang menyebabkan plan beraya di sini berubah.. Kami berusaha untuk dapatkan air ticket sama ada bertolak pada malam raya atau pada petang raya pertama... nak jenguk abah... semoga abah cepat sembuh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah